Sunday, November 20, 2011

MAJLIS PENYERAHAN KTS FOUNDATION STUDY BURSARIES

Lokasi : Crown Towers Hotel
Masa : 2.00 petang

Pada 10 November 2011 bersamaan hari  Khamis bertempat di Crown Towers Hotel berlangsungnya Majlis Penyerahan KTS Foundation Study Bursaries. Seramai tiga  orang pelajar dari SMV Kuching telah dicalonkan dan telah terpilih sebagai penerima biasiswa tersebut iaitu Chai Sze Sing dari kelas 5PPN, Morgan Anak Davis 5EE dan  Muhd Muzaffereddin Muhd Jamil juga dari kelas 5PPN. Sehubungan dengan itu mereka telah menerima cek berjumlah RM200.00 setiap  seorang serta langganan  suratkhabar dari Utusan Borneo atau See Hua Daily selama setahun. Majlis tersebut telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.  Tahniah diucapkan kepada penerima tersebut. 
penerima biasiswa bersama cek masing-masing
Bersama Pn Norkamaliah, JK Biasiswa SMVKu

Friday, November 18, 2011

Majlis Graduasi SKM 2011

Bertarikh 29 Oktober 2011, telah berlangsung satu majlis penuh gilang gemilang dan bersejarah buat 35 orang pelajar aliran kemahiran SMVKu. Seramai 35 orang pelajar daripada aliran kemahiran pelbagai bidang iaitu Pelukis Pelan Senibina, Mekanik Kenderaan Motor dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri telah menerima sijil masing-masing dalam Majlis Graduasi SKM 2011 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuching, Hjh Maimunah Bt Bujang yang mewakili Pengarah Pelajaran Sarawak.

Majlis yang turut dihadiri oleh semua guru dan ibu bapa itu turut dimeriahkan oleh pertunjukkan kebudayaan yang telah dipersembahkan oleh penari daripada Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMVKu.

 Pada majlis itu juga, Caroline Goh Sin Yee dari Kursus Pelukis Pelan Senibina telah diumumkan Pelajar Terbaik Keseluruhan Aliran Kemahiran. Beliau telah dipilih berdasarkan pencapaian yang membanggakan dalam semua subjek kursus dan penglibatan dalam kokurikulum.



Tuesday, November 1, 2011

Lawatan Pengawas SMVKu ke Institut Kemahiran Mara (IKM)

Pada hari Isnin, 24 Oktober yang lalu, sekali lagi Lembaga Pengawas SMVKu telah mengadakan lawatan luar, lokasi kali ini pula adalah ke Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuching. Lawatan kali ini telah disertai oleh 16 orang Pengawas dan diiringi oleh 3 orang guru. Rombongan tiba di IKM pada jam 11.05 pagi dan disambut oleh Penolong Pengarah dan beberapa orang Pengajar. Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang dan diikuti oleh ucapan balas oleh wakil SMVKu. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan lawatan ke sekitar bengkel IKM.

Secara keseluruhannya, lawatan kali ini telah memberikan input yang begitu berguna disamping dapat merasai sendiri pengalaman berada di institusi pendidikan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Laporan disediakan oleh, Chai Sze Sing (S/U Lembaga Pengawas SMVKu)

Dihadapan Blok Pentadbiran IKM Kucing

Antara hasil kerja pelajar IKM yang dipamerkan

Lawatan Pengawas SMVKu ke SMK Siburan

Pada 15 Oktober yang lalu bersamaan hari Jumaat, Lembaga Pengawas SMVKu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke SMK Siburan. Lawatan ini telah disertai oleh 26 orang pengawas dan diiringi oleh 5 orang guru. Tujuan lawatan ini adalah untuk meluaskan pengetahuan dan menambahkan pengalaman sekali gus dapat melihat persekitaran sekolah lain.

Lawatan yang bermula seawal jam 0900 pagi telah disambut oleh Tuan Pengetua dan barisan Pengawas SMK Siburan. Rombongan daripada SMVKu telah diberikan penerangan dan maklumat yang jelas serta menarik. Cikgu Jamali yang mengetuai rombongan tersebut, dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih disamping berharap agar hubungan yang dijalin antara kedua-dua buah sekolah akan berkekalan sampai bila-bila. Rombongan bertolak pulang ke SMVKu pada jam 11.20 pagi.

Laporan disediakan oleh, Chai Sze Sing (S/U Lembaga Pengawas SMVKu)


Bergambar kenangan bersama Pengawas SMK Siburan


Mungkin ada perbincangan menarik sehingga muka masing-masing kusyuk dan fokus


Friday, September 23, 2011

Program Outreach Kebangsaan 2011 di Wisma Sanyan, Sibu Sarawak

SM Vokasional Kuching telah menghantar Pasukan Outreach yang terdiri daripada 11 orang guru dan 12 orang pelajar bagi mempromosikan Kolej Vokasional Kuching dan kursus Seni Kulinari. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datin Hajah Fatimah Abdullah, Menteri di Pejabat Ketua Menteri.

YB Datin Hajah Fatimah Abdullah

YB semasa mendengar penerangan Pengetua di ruang pameran Kolej Vokasional Kuching

Ruang pameran Kolej Vokasional Kuching menjadi tumpuan sepanjang tempoh pameran


Sesi demonstrasi pelajar di Ruang Pameran Seni Kulinari

Barisan bakal pensyarah Kolej Vokasional Kuching


SMVKu dinaik Taraf ke Kolej Vokasional Kuching mulai 2012

SM Vokasional Kuching akan dikenali sebagai Kolej Vokasional Kuching mulai 2012 (Sekolah Rintis Zon Sarawak). Perubahan ini adalah hasil daripada Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional yang telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 September yang lalu bertempat di London. Menurut beliau lagi, Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) itu akan melibatkan dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV). Katanya, PAV akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, iaitu lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cenderung kepada pendidikan bercorak amali.

Menurut beliau lagi, Kurikulum KV mempunyai dua komponen iaitu 70 peratus kemahiran vokaisonal dan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan. Pada akhir tahun keempat, pelajar sudah memperolehi Diploma Kolej Vokasional, iaitu selari dengan kepatuhan SKM Tahap 4.

"KV akan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran insaniah dan kemahiran keusahawanan. Latihan industri akan diperkenalkan pada beberapa peringkat pengajian, iaitu asas pendidikan berasaskan pengeluaran selama sebulan, diikuti tambahan tiga hingga enam 6 bulan untuk praktikal di syarikat industri," katanya.

Monday, September 12, 2011

Warna Warni di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011




















Bersama Alumni SMVKu- Mr Fong Vyn Chung

Warga SMVKu berbesar hati menerima kunjungan Mr Fong Vyn Chung yang merupakan bekas pelajar kursus Pengajian Kejuruteraan Jentera ambilan 1999/2000. Fong yang kini bertugas dengan sebuah Syarikat Perkapalan Antarabangsa merupakan antara Alumni SMVKu yang telah menempa pengalaman bukan sahaja di peringkat dalam negara malah di peringkat kebangsaan.

Fong Vyn Chung (paling kanan) mengabadikan kenangan bersama Pengetua SMVKu

Fong dalam sesi bersama pelajar SMVKu di Dewan Mutiara Gemilang telah berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada para pelajar untuk terus berjaya tanpa mengenal erti putus asa. Diharapkan para pelajar dapat mengambil iktibar dan berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sesi motivasi bersama para pelajar SMVKu

Berusaha menjawab pelbagai persoalan daripada pelajar

Tuesday, August 23, 2011

Tahniah~! Idayu Alias dan Muhammad Fadhli Semion 5 Katering

Pencapaian : 1st Runner Up

Pertandingan : 4th Taylor's National Culinary Challenge 2011

Majlis Berbuka Puasa SMVKu 2011

Warga SMVKu yang beragama Islam telah bersama-sama dalam majlis berbuka puasa anjuran Panitia Pendidikan Islam pada 19 ogos yang lalu. Majlis bermula seawal jam 0652 petang dengan jamuan ringan berbuka puasa sebelum solat maghrib berjemaah. Kemudian semua yang hadir menikmati jamuan makan malam seterusnya solat isyak dan terawikh. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pengetua, Pn Flora Imor Phillips yang turut serta dalam jamuan makan malam. Solat Terawikh telah diimamkan oleh saudara Mohd Izuddin daripada IKMAS dan tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yazid daripada PPD Samarahan.
Antara barisan guru yang hadir


Sabar menanti waktu berbuka puasa

masa yang dinantikan...berbuka puasa

Tuan Pengetua, Puan Flora turut hadir memeriahkan majlis

Solat tarawikh secara berjemaah

PK HEM menyampaikan cenderamata kepada ustaz jemputan

Wednesday, August 17, 2011

Lawatan Penandarasan ke SK St. Elizabeth Kuching Sarawak


Tarikh : 12 Ogos 2011

Penglibatan : Pengetua, Semua PK, Semua GK, Guru Kaunseling dan semua GC Mata Pelajaran

Tujuan : SK St Elizabeth sebagai sekolah angkat SM Vokasional Kuching




Tuesday, August 9, 2011

Ceramah Keselamatan Jalan Raya - JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya cawangan Kuching dengan kerjasama Pengurusan Hal Ehwal Murid, SMVKu telah mengadakan sesi ceramah keselamatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan pelajar pada tarikh 4 Ogos yang lalu. Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam JPJ bahagian Kuching, En Albert. Turut serta dalam ceramah ini ialah 7 orang Penolong Penguatkuasa yang menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan pelajar.


En Albert menerima cenderamata daripada Pengetua SMVKu


kusyuk mendengar komen dan nasihat daripada JPJ
 

Saturday, July 30, 2011

Ceramah Ihya Ramadhan 2012

Panitia Pendidikan Islam SMVKu telah menganjurkan satu ceramah khusus bagi menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hassan Al Basri daripada SM Teknik Sejingkat. Semua pelajar Islam Tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti program ini. Semoga program ini berjaya memupuk kesedaran tentang keberkatan dan keistimewaan bulan ramadhan ini.


PK HEM menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan


Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di CIDB

Seramai 34 orang pelajar daripada kursus Pelukis Pelan Senibina telah berjaya menghadiri Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dianjurkan oleh CIDB dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia. Kursus yang dianjurkan pada 18 Julai yang lalu diketuai oleh Ketua Panitia Kursus PPS, En Shabrani Bin Mohamad. Turut serta ialah Guru Tingkatan PPS iaitu En Faizol Bin Yusof.


Aksi pelajar dihadapan pintu masuk bangunan pentadbiran CIDB

Para pegawai CIDB dan ABM memberikan taklimat sebelum kursus dijalankan


Kusyuk dan tekun mendengar amanat daripada penceramah

Ketua Panitia Kursus PPS,Encik Shabrani Bin Mohamad

Secara keseluruhannya, kursus ini berjalan dengan jayanya. Semoga hubungan baik antara SMVKu dan CIDB/ABM akan terus murni dan berkekalan pada masa yang akan datang

Kem Kepimpinan Pengawas 2011/2012

Pada 15 Julai sehingga 17 Julai yang lalu telah diadakan Kem Kepimpinan Pengawas bagi tahun 2011/2012 bertempat di SM Vokasional Kuching. Seramai 14 Orang pelajar yang lulus temuduga sebagai Pengawas baru telah melapor untuk mengikuti kem ini. Kem kali ini diketuai oleh Ustaz Norhisham dan kem Komander adalah Encik Redzuan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ceramah kepimpinan, kursus motivasi, latihan fizikal dan mental serta makan malam perdana.


Salah satu aktiviti fizikal yang dijalankan

Kemahiran kreatif dan kritis juga diterapkan dalam diri pengawas

Setiap pengawas harus memiliki kekuatan mental yang teguh

barisan guru yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu
 

Ahli-ahli kumpulan 1


ahli-ahli kumpulan 2