Saturday, January 8, 2011

Amanat Pengetua Bersama Pelajar Tingkatan 5

7 Januari 2011 - Bertempat di Dewan Mutiara Gemilang SMVKu, telah berlangsung sesi amanat Pengetua bersama para pelajar tingkatan 5. Turut hadir adalah semua guru tingkatan dan guru kaunseling. Puan Flora dalam amanatnya, menyeru semua pelajar agar mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental, mempertingkatkan daya saing dan daya tahan serta merubah mentaliti daripada Tingkatan 4 ke Tingkatan 5.
Dalam majlis yang sama, beliau juga mahu semua pelajar berdikari dan sentiasa berfikiran positif bagi mencapai hasrat dan kecemerlangan dalam SPM 2011.


Puan Flora Imor Phillips menggunakan video untuk memotivasikan pelajar

Seorang pelajar menceritakan pengalamannya sepanjang program orientasi pelajar tingkatan 5
 

No comments:

Post a Comment