Friday, January 14, 2011

Karnival Sukan Guru Dan Pelajar SM Vokasional Kuching (SMVKu)

Bersempena Minggu Kenal Mesra Pelajar Baru Tingkatan 4 SMVKu 2011 (10-14 Januari 2011), telah diadakan satu karnival sukan melibatkan semua guru dan semua pelajar bertempat di Gelanggang Sukan sekolah. Karnival yang berlangsung pada jam 730 pagi 13 Januari ini bertujuan memupuk perpaduan dikalangan semua warga SMVKu, disamping mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar senior dengan pelajar junior. Melalui sukan, para pelajar dapat memupuk persefahaman, kerjasama dan toleransi seterusnya mewujudkan suasana yang harmonis dan kondusif. Antara acara yang dijalankan adalah bola jaring, badminton, sepak takraw dan futsal. Diharapkan para pelajar dapat menghayati objektif yang ingin disampaikan seterusnya bersama-sama merentasi halangan, mengecapi kejayaan dan mencipta sejarah di SMVKu.

Sila layari Buletin SM Vokasional Kuching di http://smvku.blogspot.com/



Pasukan Bola tampar campuran Tingkatan 4 dan 5


Cikgu Brandah bersama pasukan futsal beliau
 
Pasukan bola jaring yang penuh bersemangat
  

No comments:

Post a Comment