Sunday, January 16, 2011

Majlis Penangguhan Minggu Kenal Mesra Pelajar Tingkatan 4 2011/2012

Majlis Penangguhan minggu kenal mesra pelajar baru tingkatan 4 sesi 2011/2012 telah diadakan pada 14 Januari 2011 pada jam 1030 pagi bertempat di Dewan Mutiara Gemilang SMVKu. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Pengetua SMVKu, Puan Flora Imor Phillips. Beliau dalam ucapannya berharap agar pelajar khususnya pelajar baru dapat mengenali sekolah dan peraturan, budaya, dan amalan SMVKu. Beliau juga menyatakan para pelajar haruslah mempunyai jati diri daripada aspek kerohanian dan sahsiah diri disamping dapat mengenali guru dan pelajar-pelajar lain.

Pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam salah satu aktiviti LDK yang dijalankan

Secara keseluruhannya, program telah berjaya mencapi objektifnya. Program ini telah membentuk iklim yang mesra, budaya saling hormat menghormati, prihatin dan proaktif. Selain daripada itu, para pelajar juga telah didedahkan dengan kemahiran kendiri seperti komunikasi berkesan dan ekspressi ketika berhadapan dengan orang lain.

Pengacara Majlis Saudara Syafiq Azri dan Nirvaniatasha

Majlis diserikan dengan persembahan daripada Mohd Kushairi dan kumpulannya

PK HEM antara yang diraikan dalam sambutan hari jadi bulan Januari

En Andrew dan Hj Afnan mengabadikan kenangan bersama Bunga Raya :)


No comments:

Post a Comment