Thursday, March 24, 2011

Pameran Hari Kerjaya SMVKu

Bersempena pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2010, bertempat di Dewan SMVKu telah berlangsung pameran pendidikan dan kerjaya oleh agensi-agensi awam dan swasta. Antara agensi yang mengambil bahagian adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Akademi Maritim Sarawak, Mara dan Kolej PTPTL. Pameran ini bertujuan memberikan maklumat kepada semua lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dan memilih hala tuju kerjaya masing-masing. Secara keseluruhannya, pameran ini berjaya mencapai matlamat dan menarik minat para pelajar serta ibu bapa yang hadir.


Pegawai daripada Akademi Maritim Sarawak


Wakil darpada UiTM


Pameran daripada MARA
Kolej PTPTL turut mengambil bahagian

Bekas Pelajar SMVKu yang turut memeriahkan pameran

No comments:

Post a Comment