Saturday, May 28, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat SMVKu

Sambutan hari guru peringkat SMVKu telah diadakan pada 25 Mei sehingga 27 Mei yang lalu. Majlis sambutan yang telah dipengerusikan oleh En Idhamranizam Bin Aleh ini disusun rapi dan sarat dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua guru dan pelajar. Bermula dengan sukaneka, perhimpunan sambutan hari guru dan persembahan semuanya menjadi simbolik kemesraan warga SMVKu.


Sesungguhnya jasa guru tidak dapat disangkal dan akan dikenang sampai bila-bila. Terima Kasih Cikgu!!


Nyanyian lagu Guru Malaysia

Acara memotong kek Hari Guru 2011

Penerima Anugerah Guru Paling Cantik 2011


Aksi spontan dalam pertandingan karaoke
 
Adakah mereka ini Juara ??

 kesan khas daripada acara sukaneka yang dipertandingkan


Akibat terlebih make-up :)


Wednesday, May 25, 2011

Perasmian BULETIN SMVKu : 26 MEI 2011


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT!!


Pn Flora dan guru bergambar kenangan di hadapan e-net kiosk SMVKu

Editor Buletin SMVKu, En Shabrani Bin Mohamad


Monday, May 23, 2011

Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40

Pada 16 Mei yang lalu bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak telah berlangsung Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 40 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Turut hadir Y.A.B Ketua Menteri Sarawak, Timbalan-timbalan Menteri Pelajaran dan para jemputran peringkat persekutuan dan negeri.

Atur cara perayaan tersebut bermula pada jam 2.30 petang dengan ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan Nyanyian lagu Negaraku. Majlis diteruskan dengan Ucapan oleh Y.Bhg Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.A.B Ketua Menteri Sarawak dan ucapan perasmian oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Y.A.B Perdana Menteri Malaysia turut tidak melepaskan peluang bersama dalam majlis dengan sesi tayangan video. Beliau dalam sesi tayangan video tersebut telah menyampaikan beberapa berita gembira kepada warga guru.

Dua dari kiri Pengetua SMVKu Puan Flora Imor Phillips

Barisan Penerima Anugerah Hari Guru 2011


Encik Armanizam dan Encik Faizol antara wakil SMVKu ke Majlis tersebut


Tuesday, May 10, 2011

Pertandingan Kadet Bomba Dan Penyelemat Bahagian Kuching 2011

Pada 27 dan 28 April yang lalu telah berlangsung Pertandingan Kadet Bomba dan Penyelamat peringkat negeri Sarawak di SMK Santubong. Seramai 29 orang anggota kadet bomba daripada SMVKu telah ditugaskan menyertai pertandingan tersebut. Pasukan ini telah diketuai oleh dua orang pegawai iaitu Ustaz Norhisham Bin Muhamad dan Cikgu Winny J.R.


Antara kadet Bomba SMVKu yang mengambil bahagian

Pasukan Kadet Bomba SMVKu telah menyertai beberapa acara antaranya ialah Kawad Operasi Menyelamat Kering (Lelaki)-0:01'46''33, Kawad Operasi Menyelamat Kering (Perempuan)-0:03'48''53, Kawad Operasi Kering Campuran-0:02'56''62 dan Kawad Operasi Basah (Lelaki)-0:01'52''75.


Anggota Kadet lelaki dalam salah satu kawad

Anggota Kadet perempuan turut mempamerkan aksi yang terbaik

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat! Tahun Depan Cuba Lagi Yang Terbaik~!


Bergambar kenangan sebelum pulang ke SMVKu

    

Monday, May 9, 2011

Perkhemahan Pengakap SMT/SMV Negeri Sarawak 2011

SMVKu telah menghantar seramai 28 orang ahli pengakap beserta tiga orang pemimpin bagi menyertai perkhemahan pengakap bagi semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Sarawak. Perkhemahan yang berlangsung pada 27 sehingga 30 April yang lalu telah diadakan di Pusat Latihan Pengakap (PULAPEN), SMT Sejingkat Sarawak.

Ahli Pengakap bergambar bersama Pemimpin sebelum bertolak ke PULAPEN
Sepanjang 3 hari perkhemahan, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Berikut adalah ringkasan aktiviti tersebut:
  1. Hari Pertama - Mendirikan khemah, Majlis Perasmian Pembukaan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri Sarawak, En Sabeli Bakri, aktiviti ikhtiar hidup
  2. Hari Kedua - Ekspedisi Gunung Serapi, Lawatan ke Wildlife Matang, program sukan pengakap
  3. Hari ketiga - Aktiviti renang dan kayak, Masakan ala rimba, Majlis Perasmian Penutup oleh SUK, YB Datuk Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Malam kebudayaan pengakap
  4. Hari terakhir - Aktiviti halangan Komando, membersihkan tapak khemah dan penyampaian hadiah

Wajah kepuasan setelah menawan Gunung Serapi

Pasukan Pengakap SMVKu bersama trofi yang dimenangi
Secara keseluruhan, ahli pengakap mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman sepanjang perkhemahan ini. Lebih manis, 5 trofi berjaya dibawa pulang iaitu Tempat Ketiga Sistem Berpatrol, Johan Sukan Pengakap, Tempat Ketiga Masakan Ala Rimba, Naib Johan persembahan kebudayaan dan Tempat ketiga Khemah terbaik. 

Monday, May 2, 2011

Hari Sukan SMVKu 2011

SMVKu telah menganjurkan Hari Sukan peringkat sekolah pada 26 dan 27 April yang lalu bertempat di Stadium Negeri Sarawak. Acara tahunan yang melibatkan semua pelajar dan guru serta staf SMVKu ini bermula seawal jam 8 pagi dengan lintas hormat daripada kontigen setiap rumah yang bertanding. Pada tahun ini, rumah sukan yang mengambil bahagian adalah Alfa (merah), Bravo (biru), Charlie (oren) dan Delta (hijau).


Kontingen Rumah Alfa


Kontingen Bravo


Kontingen Charlie


Kontingen Delta

Beberapa acara kategori lelaki dan perempuan tingkatan 4 dan 5 telah dipertandingkan antaranya 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4 X 100 meter, 4 X 400 meter, 800 meter dan 1500 meter. Turut dipertandingkan adalah acara lompat jauh dan acara padang iaitu merejam lembibg, lempar cakera dan melontar peluru. 

Perasmian penangguhan kejohanan telah disempurnakan oleh YDP PIBG, En Leo Aten.