Monday, May 9, 2011

Perkhemahan Pengakap SMT/SMV Negeri Sarawak 2011

SMVKu telah menghantar seramai 28 orang ahli pengakap beserta tiga orang pemimpin bagi menyertai perkhemahan pengakap bagi semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Sarawak. Perkhemahan yang berlangsung pada 27 sehingga 30 April yang lalu telah diadakan di Pusat Latihan Pengakap (PULAPEN), SMT Sejingkat Sarawak.

Ahli Pengakap bergambar bersama Pemimpin sebelum bertolak ke PULAPEN
Sepanjang 3 hari perkhemahan, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Berikut adalah ringkasan aktiviti tersebut:
  1. Hari Pertama - Mendirikan khemah, Majlis Perasmian Pembukaan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri Sarawak, En Sabeli Bakri, aktiviti ikhtiar hidup
  2. Hari Kedua - Ekspedisi Gunung Serapi, Lawatan ke Wildlife Matang, program sukan pengakap
  3. Hari ketiga - Aktiviti renang dan kayak, Masakan ala rimba, Majlis Perasmian Penutup oleh SUK, YB Datuk Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Malam kebudayaan pengakap
  4. Hari terakhir - Aktiviti halangan Komando, membersihkan tapak khemah dan penyampaian hadiah

Wajah kepuasan setelah menawan Gunung Serapi

Pasukan Pengakap SMVKu bersama trofi yang dimenangi
Secara keseluruhan, ahli pengakap mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman sepanjang perkhemahan ini. Lebih manis, 5 trofi berjaya dibawa pulang iaitu Tempat Ketiga Sistem Berpatrol, Johan Sukan Pengakap, Tempat Ketiga Masakan Ala Rimba, Naib Johan persembahan kebudayaan dan Tempat ketiga Khemah terbaik. 

No comments:

Post a Comment