PRAY FOR MH370

Monday, June 27, 2011

Lawatan Penandarasan ke Sek.Men. Vokasional Sungai Buloh, Selangor

Satu program penandarasan telah dilaksanakan ke SMV Sungai Buloh (SMVSB) pada 22 Jun yang lalu. Pasukan penandarasan ini telah diketuai oleh PK Ko SMVKu, En Mohd Amin Mohd Noor. Penandarasan ini bertujuan melihat dan mempelajari kaedah dan selok belok pengurusan School Entreprise di SMVSB di samping bertukar pendapat dan pandangan.



SM Vokasional Sungai Buloh, Selangor

Rombongan dari SMVKu bersama PK 1 SMVSB

Friday, June 24, 2011

Pelajar PPS SMVKu ke Kuala Lumpur & Putrajaya~!

Pada 21 jun sehingga 23 jun yang lalu, seramai 41 orang terdiri daripada 34 orang pelajar dan 7 orang guru telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lawatan yang telah dirancang urus oleh Panitia Pelukis Pelan Senibina (PPS) ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan senibina yang ada di ibu negara Malaysia itu. Para pelajar juga berpeluang melawat tempat-tempat menarik seperti Putrajaya, KLCC, KLIA, I-City Shah Alam dan Zoo Negara.

Melawat tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya


sempat bergambar sebelum melawat ke Zoo Negara


Menerokai dunia sains di Petrosains, KLCC


Merasa pengalaman bermain salji di Snowalk, I-City


Bergambar kenangan sebelum pulang ke Kuching, Sarawak

Secara keseluruhannya. para pelajar memperolehi pengalaman yang baru disamping menimba ilmu sepanjang lawatan ini. Semoga lawatan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah kepada Panitia PPS!