Wednesday, March 28, 2012

Pertandingan Pidato Piala KPM Peringkat Kuching


Pada 27 dan 28 Mac 2012 telah berlangsung Pertandingan Pidato Piala Kementerian Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Bahagian Kuching bertempat di Dewan Mutiara Gemilang Kolej Vokasional Kuching. Pertandingan kali ini menarik minat sebanyak 36 penyertaan daripada Sekolah - Sekolah dalam bahagian Kuching.



Sunday, March 18, 2012

Tahniah kepada Pelajar Cemerlang SPM 2011 SMV Kuching


Pada 21 Mac yang lalu bertempat di Dewan Mutiara Gemilang telah berlangsung Pengumuman Keputusan SPM 2011 yang telah disempurnakan oleh En Lim Ah Juan mewakili Pengarah Kolej Vokasional Kuching. Majlis yang bermula tepat jam 1030 pagi itu telah dihadiri oleh semua warga kolej dan bekas pelajar 2010/2011. Pada majlis tersebut seramai 9 orang telah diumumkan sebagai pelajar terbaik dengan 2 orang pelajar memperolehi 7A. Mereka yang berjaya adalah seperti berikut :




Wednesday, March 7, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2012 kali ke - 48

Kejohanan kali ini disertai oleh 49 kontingen daripada sekolah - sekolah sekitar kawasan Kuching dan berlangsung selama 4 hari berakhir pada 9 Mac 2012. Terdahulu perasmian kejohanan telah berlangsung pada 6 Mac 2012 dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Abdillah Bin Adam, Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak.


Kolej Vokasional Kuching telah menghantar 12 orang atlet untuk kejohanan kali ini. Pengarah Kolej Vokasional Kuching, Pn Flora Imor Phillips turut hadir ke Majlis Perasmian tersebut.



Monday, March 5, 2012

Tahniah kepada Eksekutif Pemasaran Buletin, En Mohd Amin



Editor Buletin Kolej Vokasional Kuching memanjatkan kesyukuran dan ingin mengucapkan tahniah di atas kelahiran baby boy En Mohd Amin Mohamed Noor pada 5 Mac 2012 di Hospital Umum Sarawak. Di doakan rezeki En Mohd Amin semakin bertambah dan bahagia dengan kelahiran orang baru dalam keluarga beliau.

Saturday, March 3, 2012

Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional 2012 siri 5

Bertempat di SMT Sejingkat Sarawak, telah berlangsung Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional siri ke 5 yang telah dihadiri oleh YB Datu Hj Len Talif Bin Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal). Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, En Abdillah Bin Adam dan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab. Majlis yang disertai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dan semua warga pendidik KV/SMT/SMV sekitar kawasan Kuching ini bermula pada jam 9 pagi dengan slot pertama bertajuk Bicara Pemimpin oleh YB Datu Hj Len Talif Bin Salleh.


Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional ini diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini dan paling tepat tentang transformasi dalam pendidikan vokasional. Disamping itu, Majlis ini dapat memberikan keyakinan kepada golongan pelaksana bahawa transformasi yang akan dilaksanakan ini sudah pasti menempuh pelbagai masalah, halangan dan cabaran, tetapi mereka memainkan peranan utama untuk menjayakan transformasi ini demi Agenda Pendidikan Negara bagi memenuhi matlamat Wawasan 2020.