Thursday, June 28, 2012

Hari Terbuka Koperasi Sekolah 2012


Kolej Vokasional Kuching telah mengadakan Hari Terbuka sempena Hari Koperasi Sekolah pada 28 Jun 2012 bersamaan hari Khamis bermula seawal 7 pagi sehingga  3 petang. Hari terbuka ini telah menarik minat 600 orang yang terdiri daripada seluruh warga kolej sendiri, bekas-bekas pelajar (Alumni), ibu bapa, sekolah-sekolah jemputan dan pihak luar sekitar kawasan kuching. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya gerai jualan, pertandingan "dart", sudoku,  pertandingan menyumpit, futsal dan pameran motorshow. Pihak luar seperti kedai buku Popular dan Celcom turut tidak melepaskan peluang mengambil bahagian.

Alumni SMTKu/SMVKu yang hadir memeriahkan Hari Koperasi

Pelajar-pelajar KVKu yang mengambil bahagian dalam Motorshow

Berbakat..Hasil kerja pelajar yang kreatif dan unik

No comments:

Post a Comment