Thursday, June 7, 2012

Kolej Vokasional Kuching Memperolehi Pensijilan 5S

Tahniah kepada semua warga KVKu di atas Pensijilan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Audit pematuhan Pensijilan Persekitaran Berkualiti ini telah dijalankan pada 24 Mei yang lalu dan telah dijalankan oleh Juruaudit , En Norjayadi. Sepanjang audit ini, semua stesen telah dilawati dan beberapa komen yang positif diperolehi.

En Armanizam, Penyelaras Makmal Autocad memberikan penerangan kepada Juruaudit MPC

Juruaudit bertanyakan sesuatu kepada Pn Laura, Penyelaras Bilik BOSS

Bergambar kenangan selepas proses audit selesai. Dari Kiri Puan Tan Chong Kit (KJK Promosi),
Pn Baniazora (KJK Audit Dalaman), En Jamali (Ketua Zon  Kuning), En Norjayadi (Juruaudit MPC),
Pn Hamidah (KJK Latihan), En Leong M.K (S/U) Pn Ros (Ketua Zon Biru), En Lim Ah Juan (Penyelaras), Puan Flora (Pengerusi), En Shabrani (KJK Dokumentasi & Inovasi), En Idhamranizam (Ketua Zon Ungu) dan
En Haris (Ketua Zon Hijau)

Semoga amalan 5S ini akan terus diamalkan. Terima kasih di atas usaha sama dan kerja keras bagi menjayakan program ini. Budaya 5S meningkatkan produktiviti~!

No comments:

Post a Comment