Thursday, July 12, 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan dalam kokurikulum di sekolah. Senamrobik 1 Murid 1 Sukan telah berjalan serentak di 10 ribu sekolah seluruh negara dengan lebih 3.6 juta pelajar program mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia secara langsung menaikkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan murid sekolah.

"saya bersyukur kerana dasar satu murid satu sukan turut memperlihatkan hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana jelas terbukti sukan boleh menyatu padukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan gagasan satu malaysia."


Kolej Vokasional Kuching juga telah mengambil bahagian dan dipimpin oleh PK Kokurikulum/Ketua Unit Jaminan Kualiti, En Mohd Amin Bin Mohamed Noor.


aksi pemanas badan sebelum melakukan senamrobik

Semua pelajar dan guru mengambil bahagian


Majulah sukan untuk negara

No comments:

Post a Comment