Thursday, July 12, 2012

Tahniah dan Terima kasih

Pada 11 Julai 2012 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 bagi Zon Sabah, Sarawak dan WP Labuan bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching Sarawak. Seramai 130 orang Pegawai dan Staf daripada Kolej Vokasional/SM Teknik dan SM Vokasional Zon Sabah, Sarawak dan WP Labuan telah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang tahun 2011. Majlis telah berjalan dengan lancar, meriah dan penuh warna warni.

Terima Kasih kepada semua JK Kerja yang terlibat terutamanya daripada KV Kuching atas komitmen dan usaha yang jitu.Semoga kerjasama yang terjalin semasa menjayakan tugas ini berkekalan dan menjadi kenang-kenangan.

Ketibaan Tuan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab

Bacaan ikrar dan Nyanyian Lagu Perkhidmatan Awam diketuai oleh
 En Shabrani Mohamad (KV Kuching)

Pengerusi Zon Sarawak, En Ng Fook Yin (tiga dari kanan) turun padang memastikan
persiapan berjalan lancar
JK Kerja daripada KV Kuching

Persembahan kebudayaan yang penuh ceria dan warna warni

No comments:

Post a Comment