Wednesday, September 26, 2012

Pertandingan Inovasi SMT/SMV/KV Peringkat Zon Sarawak

Tahniah kepada Pasukan Inovasi daripada Kolej Vokasional Kuching kerana dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Inovasi SMT/SMV/KV peringkat Zon Sarawak 2012.



Pada 25 September yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Inovasi SMT/SMV/KV Zon Sarawak bertempat di SMT Sejingkat. Pertandingan yang disertai oleh semua SMT/SMV/KV zon Sarawak ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Produk Inovasi Murid dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bagi kategori Produk Inovasi Murid, SMT Sejingkat telah dinobatkan selaku Juara diikuti KV Kuching selaku Naib Johan dan SMV Matang berada di tempat ketiga. Majlis Penangguhan Pertandingan telah disempurnakan oleh En.Ng Fook Yin, Pengerusi Pengetua SMT/SMV/KV Zon Sarawak.




Monday, September 24, 2012

Lawatan Penanda Aras KV Zon Sarawak 2012

Rombongan Pengetua dan Pegawai daripada SMV seluruh negeri Sarawak telah berkampung di Kuching pada 20&21 September yang lalu bersempena program Lawatan Penanda Aras KV di Kolej Vokasional Kuching.

Pengarah KV Kuching bersama Pengetua & Wakil Pengetua Zon Sarawak
Lawatan Penanda Aras ini bertujuan berkongsi ilmu dan memberikan gambaran jelas kepada SMV yang akan dinaik taraf ke Kolej Vokasional mulai tahun hadapan(2013). Program yang sarat dengan aktiviti ini dimulakan dengan taklimat daripada pihak pengurusan KV Kuching dan seterusnya lawatan ke Jabatan Akademik dan bukan akademik KV Kuching.


Monday, September 3, 2012

Rumah Terbuka Kolej Vokasional Kuching Sempena Sambutan Merdeka Raya

Pada 30 Ogos yang lalu, Kolej Vokasional Kuching (KVKu) telah menganjurkan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidifitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 55. Majlis yang penuh gilang gemilang dan warna warni ini melibatkan jawatankuasa kerja daripada kalangan pelajar KVKu sendiri. Sebanyak 9 buah gerai mengikut unit masing-masing telah dibuka dan menampilkan pelbagai juadah berkonsepkan Hari Raya. Majlis Rumah Terbuka ini telah dirasmikan oleh Wakil PPD Kuching dan turut disertai oleh SMB St Thomas (RIMUP) ,SK St Elisabeth (Sekolah Angkat) dan Alumni (SM Teknik Kuching dan SM Vokasional Kuching). Pelbagai acara selingan dipersembahkan antaranya persembahan lagu raya, lagu patriotik dan penggayaan fesyen berkonsepkan 1 Malaysia.