Thursday, June 28, 2012

Hari Terbuka Koperasi Sekolah 2012


Kolej Vokasional Kuching telah mengadakan Hari Terbuka sempena Hari Koperasi Sekolah pada 28 Jun 2012 bersamaan hari Khamis bermula seawal 7 pagi sehingga  3 petang. Hari terbuka ini telah menarik minat 600 orang yang terdiri daripada seluruh warga kolej sendiri, bekas-bekas pelajar (Alumni), ibu bapa, sekolah-sekolah jemputan dan pihak luar sekitar kawasan kuching. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya gerai jualan, pertandingan "dart", sudoku,  pertandingan menyumpit, futsal dan pameran motorshow. Pihak luar seperti kedai buku Popular dan Celcom turut tidak melepaskan peluang mengambil bahagian.

Alumni SMTKu/SMVKu yang hadir memeriahkan Hari Koperasi

Pelajar-pelajar KVKu yang mengambil bahagian dalam Motorshow

Berbakat..Hasil kerja pelajar yang kreatif dan unik

Wednesday, June 13, 2012

Sukan Tahunan Kolej Vokasional Kuching

Tahniah kepada semua yang terlibat~!


Persembahan pembukaan daripada kelab kesenian dan kebudayaan KVKu

Kontingen Alpha yang serba biru

Aksi ceria kontingen Bravo

Kontingen Charlie yag masih mengekalkan tema ORANJE

Semangat kepahlawanan kontingen Delta

Aksi Superhero KVKu, En Faizol dalam acara pensyarah/staf

Kategori pelajar perempuan dalam acara balapan

Kategori lelaki dalam acara balapan

Aksi lempar cakera daripada wakil kontingen yang mengambil bahagian

Acara lompat jauh turut dipertandingkan
Naib Johan Keseluruhan : BRAVO

Johan Keseluruhan : ALPHA
Olahragawan KVKu 2012

Olahragawati KVKu 2012


Thursday, June 7, 2012

Kolej Vokasional Kuching Memperolehi Pensijilan 5S

Tahniah kepada semua warga KVKu di atas Pensijilan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Audit pematuhan Pensijilan Persekitaran Berkualiti ini telah dijalankan pada 24 Mei yang lalu dan telah dijalankan oleh Juruaudit , En Norjayadi. Sepanjang audit ini, semua stesen telah dilawati dan beberapa komen yang positif diperolehi.

En Armanizam, Penyelaras Makmal Autocad memberikan penerangan kepada Juruaudit MPC

Juruaudit bertanyakan sesuatu kepada Pn Laura, Penyelaras Bilik BOSS

Bergambar kenangan selepas proses audit selesai. Dari Kiri Puan Tan Chong Kit (KJK Promosi),
Pn Baniazora (KJK Audit Dalaman), En Jamali (Ketua Zon  Kuning), En Norjayadi (Juruaudit MPC),
Pn Hamidah (KJK Latihan), En Leong M.K (S/U) Pn Ros (Ketua Zon Biru), En Lim Ah Juan (Penyelaras), Puan Flora (Pengerusi), En Shabrani (KJK Dokumentasi & Inovasi), En Idhamranizam (Ketua Zon Ungu) dan
En Haris (Ketua Zon Hijau)

Semoga amalan 5S ini akan terus diamalkan. Terima kasih di atas usaha sama dan kerja keras bagi menjayakan program ini. Budaya 5S meningkatkan produktiviti~!