Wednesday, January 23, 2013

Hari Pendaftaran Kolej Vokasional Kuching

Pada 21 Januari 2013, seramai 120 orang pelajar baru telah mendaftar bagi mengikuti pengajian Program Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional Malaysia. Pelajar yang hadir bersama ibu bapa tiba seawal jam 730 pagi di Dewan Mutiara Kolej. Proses pendaftaran dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Kolej, Pn Flora Imor Phillips. Dalam ucapannya, Puan Flora telah memberikan maklumat berkenaan pengajian dan transformasi pendidikan vokasional kepada ibu bapa dan pelajar yang hadir. Beliau juga memaklumkan bahawa Kolej Vokasional Kuching akan mencapai K.P.I pengambilan pelajar yang telah ditetapkan oleh BPTV, KPM. Sehubungan dengan itu, pengambilan pelajar akan diteruskan sehingga 28 Januari 2013.

Antara pelajar dan ibu bapa yang hadir
 
Pelajar MPP yang membantu semasa pendaftaran
Pn Flora semasa ditemuramah oleh RTM

Thursday, January 17, 2013

Sesi Temuduga Kemasukan ke KV Kuching

Tarikh : 8 - 9 Januari 2013

Tempat : Bilik Mesyuarat KV Kuching

Sesi pendaftaran calon
Ujian personaliti dan kerjaya
Temuduga calon dan ibu bapa bersama  panel

Program Jalinan Mesra Pelajar Tahun 2 KV Kuching

Program Jalinan Mesra anjuran Unit Psikologi dan Kerjaya untuk pelajar tahun 2 Kv Kuching telah diadakan pada 11 Jan 2013 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan disamping meningkatkan keyakinan dan motivasi diri pelajar bagi menempuhi semester baru pembelajaran dalam program pra diploma Kolej Vokasional, KPM.

Perbincangan dalam kumpulan
 
King & Queen daripada setiap kumpulan
 
King & Queen bersama Rakyat Jelata

Tuesday, January 15, 2013