Monday, March 24, 2014

Jalinan Kerjasama bersama PRESS METAL SARAWAK SDN. BHD. (Co. No. 767704-M)

Pada 1 Mac 2014 telah berlangsung satu program bersama syarikat perusahaan iaitu Press Metal Sarawak Sdn. Bhd. Aktiviti yang telah dijalankan ialah temuduga pekerjaan kepada lepasan SMT/SMV Kuching serta para pelajar Tahun 3 Semester 5 program Automotif, Pemesinan Industri, Elektronik dan Elektrik. Selain itu terdapat juga perbincangan ringkas bersama Unit Perhubungan Industri yang diketuai oleh Pengarah KVKu, Pn Flora Imor Phillips. Perbincangan tersebut menjurus kepada usaha  merencana hubungan persefahaman di antara kedua belah pihak.

Ketua Unit Perhubungan Awam KV Kuching, Pn Baniazora Bt Bakar

Seramai 71 orang bekas pelajar (Alumni SMT/SMV Kuching) telah hadir menjayakan program temuduga ini. Temuduga telah dijalankan oleh Pn Gaytry Vadivaloo (HRA Executive) dan Pn. Ida Ak Michael Mesa (HRA Supervisor)

Pengarah KV Kuching, Pn Flora turut hadir memberikan sokongan kepada calon temuduga
Sesi temuduga yang dijalankan

Unit Perhubungan dan Latihan Industri bersama Unit Perhubungan Awam mengorak langkah yang proaktif dalam menjalinkan lebih banyak persefahaman dengan industri luar khususnya di Sarawak bagi mempromosi produk berkemahiran daripada sistem Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment