Sunday, January 26, 2014

Pendaftaran Pelajar Pra Diploma Kolej Vokasional Kuching

Kolej Vokasional Kuching (KVKu) telah mengadakan hari pendaftaran bagi calon-calon pra diploma yang layak pada 20 Januari 2014 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang. Ibu bapa/penjaga bersama anak masing masing telah mula tiba di perkarangan dewan seawal jam 7.00 pagi.

Pengarah kolej, Pn Flora Imor Phillips bersama salah seorang bapa dan anaknya di Dewan Mutiara Gemilang 

Pendaftaran bermula dengan ucapan aluan daripada Pengarah KVKu, Pn Flora Imor Phillips diikuti taklimat peraturan am kolej oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Jamali Muhamad.

Antara mereka yang hadir semasa hari pendaftaran
Ibu bapa yang hadir bertanyakan sesuatu kepada TPSA, En Jamali Muhamad
Lebih kurang jam 915 minit pagi, ibu bapa bersama anak masing-masing mula mendaftar di kaunter program yang telah ditetapkan bersama koordinator yang telah dilantik. Pendaftaran kokurikulum dilakukan selepas itu dan seterusnya pembelian di koperasi. Rata-rata ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana permohonan anak mereka ke KVKu diterima. Mereka melihat program pengajian peringkat diploma di Kolej Vokasional ini sebagai satu langkah bijak melahirkan pekerja mahir untuk mengisi keperluan di sektor industri terutamanya Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE)


Urusniaga di Koperasi kolej

Saturday, January 18, 2014

Ceramah Maulidur Rasul

Unit Pendidikan Islam KV Kuching telah menganjurkan satu sesi ceramah bersempena Maulidur Rasul pada 17 Januari 2014 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang. Penceramah jemputan adalah Ustaz Sulaiman Bin Hj Hasim daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Ustaz Sulaiman ketika menyampaikan ceramah Maulidur Rasul
Para pelajar yang kusyuk menghayati isi ceramah yang disampaikan