Pada 2 April yang lalu, bertempat di Dewan Mutiara Gemilang telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG SM Vokasional Kuching. Mesyuarat yang dihadiri oleh Ibu bapa dan penjaga itu telah bermula pada jam 8 pagi dengan ucapan aluan daripada Pengetua selaku Penasihat PIBG SMVKu dan YDP PIBG, En Sharkawi. Agenda diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lepas diikuti perkara berbangkit, perbentangan laporan oleh setiausaha kehormat dan bendahari kehormat.
|
Pengerusi Sementara Pemilihan, En Armanizam dan Pengerusi Majlis, En Haris |
Mesyuarat PIBG kemudiannya diteruskan lagi dengan pembubaran AJK PIBG 2010 dan pemilihan baru dilakukan dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Sementara, En Armanizam. Berikut adalah senarai nama yang telah dipilih menganggotai Jawatankuasa PIBG SMVKu bagi tahun 2011.
Yang Dipertua PIBG SMVKu 2011 : En Leo Aten
Naib Yang Dipertua PIBG : En Mohd Niros Bin Abdullah
Setiausaha : En Brandah Saet
Bendahari : Pn Nor Kamaliah
AJK (Guru) Ajk (Ibu Bapa)
En Lim Ah Juan En Franklin Jack
Pn Tijah Maskawi Pn Fatimah Bt Lee
Pn Lim Ah Lan Major Francis Ng
En Thaddeus Anthony En Faizul Azhar Bin Ahmad
En Abd Karim Azis En Jalani Bin Jaya
En Luju Ak Uja
|
Jawatankuasa PIBG SMVKu 2011
|