Sekolah Menengah Vokasional Kuching telah menjadi sebahagian daripada peserta acara terbesar negara pada jam 7.45, 2 Julai yang lalu iaitu Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011. Acara ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia bertempat di Padang Esplanade, Taiping Perak.
Kesemua pelajar dan guru SMVKu telah menyertai larian ini bagi memberikan sokongan kepada Dasar 1 Murid 1 Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
|
Aksi pelajar sebelum memulakan larian |
|
Guru dan Ibu Bapa turut menyertai larian |
|
Pengetua SMVKu, PK 1 dan PK HEM bergambar bersama para pemenang |