Seramai 43 orang pelajar aliran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Kolej Vokasional Kuching diraikan dalam Majlis Graduasi & Kecemerlangan yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2012 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Hazland Bin Abang Hipni yang mewakili YB Datu Hj Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Sarawak. Turut hadir bersama,wakil Pengarah JPN Sarawak, wakil Pengarah BPTV, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, jemputan khas dan ibu bapa.
Pelajar-pelajar yang diraikan adalah daripada tiga kursus SKM yang ditawarkan di KV Kuching iaitu Juruteknik Rendah Elektronik Industri-Peralatan, Pelukis Pelan Senibina dan Mekanik Kenderaan Motor. Para graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dalam bidang masing-masing disamping beberapa sijil penghargaan penglibatan dalam kokurikulum.
Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan program SKM dan menerima sijil masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada tenaga pengajar yang telah memberikan komitmen dan kesungguhan dalam mendidik para pelajar sehingga menjadi modal insan yang mahir dalam bidang yang diceburi.