Wednesday, November 21, 2012

Lawatan Timbalan Dato' Bandar Singkawang, Kalimantan Barat dan Delegasi Ke KV Kuching

Warga KV Kuching amat berbesar hati menerima kunjungan Drs H. Edy R. Yacoub, Timbalan Dato' Bandar Singkawang, Kalimantan Barat  pada 20 November 2012 yang lalu. Lawatan yang turut disertai pegawai-pegawai dan wakil-wakil sekolah di Singkawang telah tiba pada jam 430 petang dan delegasi lawatan ini telah meluangkan masa selama 2 jam untuk berkongsi pendapat dan beramah mesra bersama warga KV Kuching. Kunjungan Timbalan Dato' Bandar Singkawang dan delegasi telah disambut oleh Pengarah KV Kuching, Pn Flora Imor Phillips.

Drs H. Edy R.Yacoub menandatangani Buku Pelawat sambil diperhatikan oleh Pn Flora Imor Phillips

Pengarah KV Kuching menyampaikan taklimat ringkas kepada Delegasi

Ucapan balas daripada Drs H. Edy R. Yacoub
 Pelbagai ilmu dan pengalaman telah dikongsi bersama terutamnya dalam aspek pendidikan dan modal insan. Delegasi kemudiannya didedahkan dengan transformasi pendidikan vokasional di Malaysia dan perlaksanaannya di KV Kuching.

Bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
Timbalan Dato' Bandar Singkawang dan delegasi kemudiannya diraikan dalam jamuan ringan di Restoran KV Kuching. Lawatan tamat pada jam 630 petang.

Jamuan ringan di Restoran KV Kuching

Bengkel Asas Microsoft Excell


Seramai 30 Orang Pensyarah daripada pelbagai jabatan dan unit KV Kuching telah menyertai Bengkel Asas Microsoft Excell anjuran Unit Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit kemajuan dan latihan staf bertempat di Makmal Autocad, Kv Kuching pada 14 November yang lalu. Bengkel yang bertujuan meningkatkan kemahiran pensyarah dalam mengendalikan perisian Excell ini khususnya dalam pengurusan data dan peperiksaan telah disampaikan oleh 3 Orang Fasilitator yang terdiri daripada Pensyarah Politeknik Kuching.

Fasilitator daripada Politeknik Kuching Sarawak

Bengkel yang bermula daripada jam 8 pagi sehingga 4 petang itu diisi dengan pelbagai kemahiran dalam perisian Excell termasuk aspek pengoperasian dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.  Peserta turut diuji dengan beberapa siri ujian ringkas di akhir sesi bengkel tersebut.

 
 
Majlis penutup bengkel kali ini telah disempurnakan oleh Pengarah KV Kuching, Pn Flora Imor Phillips. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar semua pensyarah dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan berterusan meningkatkan kemahiran dalam ICT. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.