Pada 21 Januari 2013, seramai 120 orang pelajar baru telah mendaftar bagi mengikuti pengajian Program Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional Malaysia. Pelajar yang hadir bersama ibu bapa tiba seawal jam 730 pagi di Dewan Mutiara Kolej. Proses pendaftaran dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Kolej, Pn Flora Imor Phillips. Dalam ucapannya, Puan Flora telah memberikan maklumat berkenaan pengajian dan transformasi pendidikan vokasional kepada ibu bapa dan pelajar yang hadir. Beliau juga memaklumkan bahawa Kolej Vokasional Kuching akan mencapai K.P.I pengambilan pelajar yang telah ditetapkan oleh BPTV, KPM. Sehubungan dengan itu, pengambilan pelajar akan diteruskan sehingga 28 Januari 2013.
|
Antara pelajar dan ibu bapa yang hadir |
|
Pelajar MPP yang membantu semasa pendaftaran |
|
Pn Flora semasa ditemuramah oleh RTM |