Monday, April 22, 2013

Kolej Vokasional Makin Diminati

Tan Sri Muhyiddin Yassin melaungkan 1 Malaysia bersama pelajar Kolej Vokasional  pada Karnival Kolej Vokasional  Peringkat Kebangsaan di Kolej Vokasional Klang

Pendekatan baru jamin masa depan pelajar, buka peluang kerjaya lebih baik

Kuala Lumpur: Pendidikan aliran vokasional kini semakin diminati dan menjadi asas kepada pelajar menceburi bidang kemahiran tinggi seiring hasrat negara menyediakan 40 peratus pekerja mahir dalam industri menjelang 2020.

Usaha kerajaan menaik taraf 71 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) sejak Jun tahun lalu dan pembukaan dua KV kendalian swasta dan satu sekolah harian biasa, pelbagai inisiatif, peluang dan potensi baru mula dilihat selain keyakinan ibu bapa terhadap penubuhannya juga semakin meningkat.
Persepsi terhadap pendidikan aliran vokasional dalam kalangan ibu bapa dan pelajar juga berubah kepada bertambah positif dengan transformasi itu.
Pendekatan terbaru kementerian
Anggapan negatif dan kerisauan ibu bapa anak mereka mungkin tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sukar mendapat pekerjaan jika menuntut di KV semakin lenyap berikutan pendekatan terbaru Kementerian Pelajaran ini terbukti memberi jaminan masa depan dan peluang kerjaya lebih baik.
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata ini terbukti menerusi permohonan masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan KV tahun ini yang begitu memberangsangkan.
Bagi sesi persekolahan bermula Februari lalu, katanya sebanyak 117,000 permohonan diterima berbanding 70,000 permohonan tahun lalu, namun kementerian hanya menerima dan menyediakan kira-kira 21,000 tempat.
“Ia satu pencapaian yang baik dalam usaha kerajaan mencapai sasaran pengambilan kira-kira 90,000 pelajar menuntut di KV menjelang 2020,” katanya.
Ahmad berkata, menerusi KV, sebanyak 12 bidang utama dengan 53 kursus ditawarkan. Bagaimanapun, hingga kini, hanya 31 kursus sudah berjalan, manakala selebihnya akan dilaksana secara berperingkat.
“Ini berikutan kementerian sedang berusaha menyediakan prasarana, kelengkapan serta alatan untuk pembelajaran (bagi baki kursus yang belum berjalan), selain mendapatkan tenaga pengajar diperlukan,” katanya.
Sijil, diploma KV diiktiraf
Mengulas lanjut, beliau berkata, sijil dan diploma lepasan KV diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), City and Guilds of London, di United Kingdom, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Tenaga dan Institut Kimpalan Malaysia (TWI).
Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian, Ahmad berkata lima universiti menawarkan kursus pada peringkat sarjana muda iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Beliau berkata, terdapat perbezaan ketara dari segi sesi pembelajaran di SMV dan KV. Di KV, pelajar menggunakan sistem semester dengan keputusan dinilai berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA), berjalan selama empat tahun.
Katanya, jika pelajar mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.0 pada akhir tahun kedua iaitu pada peringkat program persediaan KV, maka pelajar berkenaan diiktiraf seperti mendapat tiga kepujian dalam SPM.
“Sementara, pada peringkat program diploma iaitu tahun ketiga dan keempat, pelajar didedahkan dengan pembentangan amali atau sub kursus. Situasi ini sama seperti yang diamalkan di universiti awam dan swasta,” katanya.
Dalam memastikan pelaksanaan KV mencapai hasrat ditetapkan seperti digaris menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025, kementerian turut menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) tertentu.
Sasar 100 MOU
Bagi tahun ini, KPM menerusi BPTV menyasarkan menandatangani 100 memorandum persefahaman (MoU) dengan industri sebagai laluan kerjaya kepada lepasan KV, sementara sasaran 280 MoU menjelang 2016.
Ditanya sama ada berdepan masalah mendapatkan tenaga pengajar di KV, beliau berkata kini kebanyakan lepasan UTHM dan Maktab Perguruan Teknik Cheras diserap mengajar di KV.
“Kita juga melatih guru-guru KV yang sedia ada dengan menyediakan kursus dan latihan kemahiran hingga tahap tiga dan empat walaupun mereka memiliki ijazah atau diploma dalam bidang masing-masing,” katanya.

Monday, April 15, 2013

Pelancaran Kolej Penyayang & Program Mentor Mentee

Pelancaran Kolej Penyayang & Program Mentor Mentee

Tarikh : 12 April 2013


Pelaksanaan Kolej Penyayang adalah bertujuan agar setiap pensyarah membudayakan sikap kasih sayang di kolej. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna semua warga kolej harus memiliki sifat kepedulian (Concern) terhadap satu sama lain dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatan dan sabar.

Penyerahan Mentee kepada Pengarah KVu

Pensyarah dan pelajar yang hadir

Objektif perlaksanaan program ini ialah :
1.      Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru/ pensyarah
2.      Menginsafi bahawa kehadiran pelajar merupakan rahmat kepada kolej
3.      Menyedari bahawa setiap pelajar adalah aset kepada kolej ; dan
4.      Menghargai sumbangan pelajar, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada kolej.

Antara objektif perlaksanaan Mentor Mentee  ialah :
1.      Membangunkan sahsiah diri pelajar
2.      Membina jati diri pelajar ; dan
3.      Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah pelajar

Sambutan Hari Lahir pelajar
Terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan iaitu :
1.      Sesi ramah mesra pelajar dan pensyarah
2.      Sesi makan bersama
3.      Meraikan hari lahir bimbingan hala tuju hidup.
4.      Lawatan/ ziarah keluarga ; dan
5.      Sesi perkongsiaan masalah 




Pelajar Kolej Vokasional Kuching Maut dalam Kemalangan Jalan Raya

 Roward Mydar Anak Mathew James (1996-2013)




KUCHING: A vocational school student died in a road accident on Thursday following a collision between his motorcycle and a car at Taman BDC.
The student has been identified as Roward Mydar Mathew, 17, of Taman BDC.
The incident occurred around 9pm when the Form 5 student of Batu Lintang Vocational School was out visiting a friend staying in the same area.
His motorcycle was said to have crashed into the side of a Volvo after the driver made a turn into a junction in front of him, resulting in him sustaining serious head injuries.
An ambulance was called to the scene to transport the victim to the Sarawak General Hospital, where he was pronounced dead upon arrival.
According to the mother, Roward, the youngest of three sons, had returned home from school around 4pm and spent the rest of the afternoon repairing a motorcycle belonging to his elder brother.
She said she last saw him when he took the bike and headed off to a friend’s house around 8pm, adding one of his friends showed up at her house later to inform her of the accident.
The Volvo driver, who initially drove off from the scene, lodged a police report of the fatal collision the same night.
In an unrelated incident, a 41-year-old fireman from the Samarahan fire station suffered a broken leg after he was struck by a car in Asajaya on Thursday night.
The victim was returning home from work when his motorcycle struck a dog in the middle of the road, causing him to fall into the opposite lane and into the path of an oncoming Perodua Viva.
He ended up being struck by the Viva and suffered a broken left leg, and was then sent to the Sarawak General Hospital where he was admitted for treatment.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/04/13/vocational-student-dies-in-collision/#ixzz2QVfHnQ5E


Rakan-rakan seperjuangan Kolej Vokasional Kuching hadir  semasa memberi penghormatan terakhir


Mendiang telah dikebumikan di Anglican Cemetery, Batu Kitang, Kuching pada jam 12.00 tgh hari pada 14 April 2013.

Program Qiamullail & Penghayatan Islam

Pada 11 April 2013, Unit Pendidikan Islam KVKu telah menganjurkan program qiamullail dan penghayatan islam bertempat di Surau KVKu. Semua peserta yang berpuasa sunat diraikan dalam majlis berbuka puasa di kafeteria kolej pada jam 640 petang. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan     bacaan surah yassin. Tazkirah ringkas bersama ustaz jemputan diadakan sejurus solat isyak berjemaah.

Majlis Berbuka Puasa di Kafeteria Kolej

Program qiamullail bermula pada jam 4.00 pagi dengan solat-solat sunat diimamkan oleh Ust Norhisham Bin Muhammad. Program berakhir pada jam 630 pagi selepas solat subuh berjemaah.

Antara Peserta Yang Hadir 

Tazkirah Bersama Ust Nurhisham

Sunday, April 7, 2013

Majlis Kesyukuran Sempena Perkahwinan En Armanizam Bin Mohd Pon

Dewan Mutiara Gemilang KV Kuching telah menjadi saksi penyatuan dua sejoli, En Armanizam Bin Mohd Pon dan pasangannya, Pn Hamidah Bt Ripin. En Armanizam yang merupakan Ketua Unit Pembangunan dan Penyenggaraan, KV Kuching telah diraikan dalam majlis yang penuh warna warni dan meriah. Majlis yang telah diadakan pada 6 April 2013 ini telah dihadiri oleh semua warga KV Kuching, bekas pengajar SMT -SMV Kuching dan kenalan sahabat handai kedua-dua mempelai. Turut hadir rakan sejawat pengantin perempuan daripada KV Betong. Tahniah diucapkan kepada keduanya.  Kredit kepada Pn Suzi Mihek atas gambar di bawah.

En Armanizam bersama isteri yang tersayang

Rakan sejawat pengantin lelaki yang tidak melepaskan peluang bergambar di Pelamin