Friday, March 11, 2016

Dugaan Di Perjalanan - KV MIRI


Dua maut, seorang cedera parah, kereta bertembung bas

Mangsa menaiki kereta Viva bertembung bas bawa skuad bola sepak Kolej Vokasional Miri menuju Kuching.
Mangsa menaiki kereta Viva bertembung bas bawa skuad bola sepak Kolej Vokasional Miri menuju Kuching.
SARIKEI: Dua wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah, apabila kereta Produa Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas yang datang dari arah bertentangan, berhampiran simpang Bayong dekat sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang.
Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan warga Kampung Hilir Selalang dipercayai sedang dalam  perjalanan menuju ke arah Sarikei manakala bas terbabit dalam perjalan dari arah Sarikei menuju ke Kuching.
Mangsa yang cedera parah merupakan pemandu kereta Viva, Raffiee Senawi, 68, manakala dua wanita maut dipercayai isteri dan anaknya adalah penumpang hadapan dan bahagian belakang kereta terbabit.
Mangsa yang maut adalah Sabariah Raffiee (anak) dan Nonadiah Dani, 65.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sarikei dengan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut dibawa ke bilik mayat untuk proses selanjutnya.
Sementara itu, pemandu dan 15 penumpang bas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bas yang membawa pasukan bola sepak Kolej Vokasional Miri itu terdiri daripada  13 orang pemain dan dua jurulatih.
Mereka adalah anggota skuad Liga Bola Sepak Rakyat Miri yang sedang menuju ke Kuching untuk menyertai Karnival VOKTEK Sarawak .
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2016/03/11/dua-maut-seorang-cedera-parah-kereta-bertembung-bas/#ixzz42aq4y2kN

Selamat Datang ke Karnival Voktek 2016 Zon Sarawak