Sunday, April 7, 2013

Majlis Kesyukuran Sempena Perkahwinan En Armanizam Bin Mohd Pon

Dewan Mutiara Gemilang KV Kuching telah menjadi saksi penyatuan dua sejoli, En Armanizam Bin Mohd Pon dan pasangannya, Pn Hamidah Bt Ripin. En Armanizam yang merupakan Ketua Unit Pembangunan dan Penyenggaraan, KV Kuching telah diraikan dalam majlis yang penuh warna warni dan meriah. Majlis yang telah diadakan pada 6 April 2013 ini telah dihadiri oleh semua warga KV Kuching, bekas pengajar SMT -SMV Kuching dan kenalan sahabat handai kedua-dua mempelai. Turut hadir rakan sejawat pengantin perempuan daripada KV Betong. Tahniah diucapkan kepada keduanya.  Kredit kepada Pn Suzi Mihek atas gambar di bawah.

En Armanizam bersama isteri yang tersayang

Rakan sejawat pengantin lelaki yang tidak melepaskan peluang bergambar di Pelamin

Sunday, March 10, 2013

Pelajar Seni Kulinari KV Kuching Juara dan Naib Juara Pertandingan IRON CHEF

Bersempena The Borneo Post International Education Fair 2013 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 9 Mac 2013, telah diadakan Pertandingan Iron Chef anjuran UCSI University. Kv Kuching telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut dan kedua-dua pasukan ini telah berjaya mendapat tempat selaku Juara dan Naib Juara. Juara telah disandang oleh Saudara Eddy Wong dan Saudara Abdul Raziq, manakala Saudari Siti Aminah dan Saudari Dayang Irna berjaya merangkul tempat kedua. Tahniah dah syabas diucapkan!

Wajah ceria pelajar seni kulinari KV Kuching

Bergambar bersama Pensyarah Pengiring

Friday, March 8, 2013

Penyerahan Kad Matriks Pelajar KV Kuching

Satu majlis ringkas penyerahan kad matriks pelajar telah diadakan pada 5 Mac 2013 bertempat di Bilik Pengarah KV Kuching. Penyerahan telah disempurnakan oleh wakil Pengarah, En Jamali Muhamad selaku Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kepada Koordinator kursus.