Monday, March 24, 2014

Jalinan Kerjasama bersama PRESS METAL SARAWAK SDN. BHD. (Co. No. 767704-M)

Pada 1 Mac 2014 telah berlangsung satu program bersama syarikat perusahaan iaitu Press Metal Sarawak Sdn. Bhd. Aktiviti yang telah dijalankan ialah temuduga pekerjaan kepada lepasan SMT/SMV Kuching serta para pelajar Tahun 3 Semester 5 program Automotif, Pemesinan Industri, Elektronik dan Elektrik. Selain itu terdapat juga perbincangan ringkas bersama Unit Perhubungan Industri yang diketuai oleh Pengarah KVKu, Pn Flora Imor Phillips. Perbincangan tersebut menjurus kepada usaha  merencana hubungan persefahaman di antara kedua belah pihak.

Ketua Unit Perhubungan Awam KV Kuching, Pn Baniazora Bt Bakar

Seramai 71 orang bekas pelajar (Alumni SMT/SMV Kuching) telah hadir menjayakan program temuduga ini. Temuduga telah dijalankan oleh Pn Gaytry Vadivaloo (HRA Executive) dan Pn. Ida Ak Michael Mesa (HRA Supervisor)

Pengarah KV Kuching, Pn Flora turut hadir memberikan sokongan kepada calon temuduga
Sesi temuduga yang dijalankan

Unit Perhubungan dan Latihan Industri bersama Unit Perhubungan Awam mengorak langkah yang proaktif dalam menjalinkan lebih banyak persefahaman dengan industri luar khususnya di Sarawak bagi mempromosi produk berkemahiran daripada sistem Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Thursday, March 13, 2014

MSSM Bahagian Kuching 2014

Seramai 16 atlet dan 4 orang pensyarah pengiring terlibat dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Bahagian Kuching kali ke 50 yang telah diadakan pada 4-7 Mac 2014 bertempat di Padang Jubilee, Kuching.

Atelt KVKu bergambar bersama Jurulatih, En Liew 

Pencapaian Atlet KVKu :


  1. Azib Aziman Bin Buang (3MTA) mendapat naib johan dalam acara 110 meter lari berpagar (7mata)
  2. Mohamad Shahril Bin Abdullah (1MTA) mendapat tempat ke-4 untuk acara terbuka 10 KM jalan kaki (5mata)
  3. Muhamad Tajudin Bin Sahari dari (1MPI) mendapat tempat ke-4 untuk acara lontar peluru (5mata)
  4. Abdul Razaq Al Mubaraqah Bin Putit (3ETE) telah mendapat tempat ke-8 untuk acara merejam lembing(1mata)
  5. Pasukan lelaki 4 x 100m berjaya masuk ke final dan mendapat tempat ke-8 (1mata)
  6. Jesscinta Marian Akeng (1HFD) mendapat tempat ke-7 untuk acara 100m lari berpagar (2mata)
  7. Pammelia Alicia Lenti Anak Chapan (1HFD) mendapat tempat ke-8 acara lompat kijang (1mata)

Jumlah mata : 22 mata     Tahniah kepada semua atlet dan jurulatih !


Atlet KVKu sebelum acara dimulakan

Azib  Aziman (3MTA), Naib Johan acara 110 meter lari berpagar
Mohamad Shahril Bin Abdullah (1MTA) tempat ke-4 10KM jalan kaki

Friday, February 14, 2014

Kursus Penyediaan Dokumen – MQA

Tarikh    : 14 Februari 2014
Tempat  : Makmal Komputer 1 KVKu

Unit Latihan dan Kemajuan Staf dengan kerjasama Jawatankuasa Jaminan Kualiti KV Kuching telah menjalankan kursus dalaman penyediaan dokumen bagi pengiktirafan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Kursus ini melibatkan semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit bagi setiap program. Turut hadir, Pengarah KV Kuching, Pn Flora Imor Phillips


Urusetia kursus yang komited dan berkarisma

Wakil daripada unit Sains & Matematik : En Albert, En Leong Ming Kien dan Pn Hamidah (KU)

Wakil daripada program Seni Kulinari : Pn Sunita dan Pn Maznah (KU)

Wakil daripada program Elektronik : En Armanizam, Pn Halimah dan En Nata (KU)