Monday, April 15, 2013

Program Qiamullail & Penghayatan Islam

Pada 11 April 2013, Unit Pendidikan Islam KVKu telah menganjurkan program qiamullail dan penghayatan islam bertempat di Surau KVKu. Semua peserta yang berpuasa sunat diraikan dalam majlis berbuka puasa di kafeteria kolej pada jam 640 petang. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan     bacaan surah yassin. Tazkirah ringkas bersama ustaz jemputan diadakan sejurus solat isyak berjemaah.

Majlis Berbuka Puasa di Kafeteria Kolej

Program qiamullail bermula pada jam 4.00 pagi dengan solat-solat sunat diimamkan oleh Ust Norhisham Bin Muhammad. Program berakhir pada jam 630 pagi selepas solat subuh berjemaah.

Antara Peserta Yang Hadir 

Tazkirah Bersama Ust Nurhisham

Sunday, April 7, 2013

Majlis Kesyukuran Sempena Perkahwinan En Armanizam Bin Mohd Pon

Dewan Mutiara Gemilang KV Kuching telah menjadi saksi penyatuan dua sejoli, En Armanizam Bin Mohd Pon dan pasangannya, Pn Hamidah Bt Ripin. En Armanizam yang merupakan Ketua Unit Pembangunan dan Penyenggaraan, KV Kuching telah diraikan dalam majlis yang penuh warna warni dan meriah. Majlis yang telah diadakan pada 6 April 2013 ini telah dihadiri oleh semua warga KV Kuching, bekas pengajar SMT -SMV Kuching dan kenalan sahabat handai kedua-dua mempelai. Turut hadir rakan sejawat pengantin perempuan daripada KV Betong. Tahniah diucapkan kepada keduanya.  Kredit kepada Pn Suzi Mihek atas gambar di bawah.

En Armanizam bersama isteri yang tersayang

Rakan sejawat pengantin lelaki yang tidak melepaskan peluang bergambar di Pelamin

Sunday, March 10, 2013

Pelajar Seni Kulinari KV Kuching Juara dan Naib Juara Pertandingan IRON CHEF

Bersempena The Borneo Post International Education Fair 2013 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 9 Mac 2013, telah diadakan Pertandingan Iron Chef anjuran UCSI University. Kv Kuching telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut dan kedua-dua pasukan ini telah berjaya mendapat tempat selaku Juara dan Naib Juara. Juara telah disandang oleh Saudara Eddy Wong dan Saudara Abdul Raziq, manakala Saudari Siti Aminah dan Saudari Dayang Irna berjaya merangkul tempat kedua. Tahniah dah syabas diucapkan!

Wajah ceria pelajar seni kulinari KV Kuching

Bergambar bersama Pensyarah Pengiring