Pada 16 Mei yang lalu bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak telah berlangsung Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 40 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Turut hadir Y.A.B Ketua Menteri Sarawak, Timbalan-timbalan Menteri Pelajaran dan para jemputran peringkat persekutuan dan negeri.
Atur cara perayaan tersebut bermula pada jam 2.30 petang dengan ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan Nyanyian lagu Negaraku. Majlis diteruskan dengan Ucapan oleh Y.Bhg Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.A.B Ketua Menteri Sarawak dan ucapan perasmian oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Y.A.B Perdana Menteri Malaysia turut tidak melepaskan peluang bersama dalam majlis dengan sesi tayangan video. Beliau dalam sesi tayangan video tersebut telah menyampaikan beberapa berita gembira kepada warga guru.
|
Dua dari kiri Pengetua SMVKu Puan Flora Imor Phillips |
|
Barisan Penerima Anugerah Hari Guru 2011 |
|
Encik Armanizam dan Encik Faizol antara wakil SMVKu ke Majlis tersebut |
No comments:
Post a Comment