Monday, January 30, 2012
Selamat Datang Ke Kolej Vokasional Kuching
Nama : Mona Binti Muhammad Maharuf
Tempat Bertugas Sebelum Ini : JPN Sarawak, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan
Gred : N26
Tempoh Perkhidmatan : 17 tahun
Tempat Asal : Kuching Sarawak
Warga Kolej Vokasional Kuching mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas~!
Monday, January 16, 2012
Lawatan daripada SMK-SMTI Pontianak Indonesia
Laporan Lawatan Peningkatan Kompetensi SDM SMK-SMTI Pontianak, Indonesia
Tarikh : 18 Januari 2012
Jam : 0900-1100
Penglibatan : 60 Orang Guru dan 10 orang ahli keluarga guru.
Ketua Rombongan : Drs. Achmad Omchan
Tentatif :
0900 : Ketibaan rombongan
0910 : Taklimat oleh Pengarah Kolej Vokasional Kuching, Pn Flora Imor Phillips
0940 : Lawatan ke Bengkel dan bilik khas
1010: Jamuan ringan
Sinopsis
Seramai 70 orang peserta daripada Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) SMTI Pontianak, Indonesia telah melakukan lawatan ke Kolej Vokasional Kuching pada 18 Januari 2012. Rombongan yang diketuai oleh Drs Ahcmad Omchan, selaku Wakil Kepala Sekolah Bidang Kerjasama dan Hubungan Industri adalah dalam rangka pelaksanaan program rintisan sekolah berstandar Internasional dan peningkatan wawasan para guru di SMK Teknologi Industri Pontianak.
Tuesday, January 10, 2012
Vocational college takes first batch of students
Borneo Post January 10, 2012
KUCHING: Kolej Vokasional Kuching welcomed its inaugural batch of students at its registration session yesterday.
Formerly known as SM Vokasional Kuching, it was upgraded to a college as part of the national Transformation of Vocational Education programme, starting this month.
“The upgrade enables students to get a diploma within 3 1/2 years. The college works hard to ensure the expectations of students and parents are met,” said college director Flora Imor Phillips in her welcoming speech.
She encouraged parents to come forward to share their ideas.
“We hope parents will be able to share with us any ideas that could improve education delivery for their children to graduate with diplomas.
“Parents are part and parcel of the college and their feedback is much appreciated,” she said.
A pioneer intake of 150 students was accepted out of 900 applicants from throughout the state.
Diploma courses available include electric technology, electronic technology, automotive technology, culinary arts and industrial machinery.

Vocational students prefer practical sessions – Director
Borneo Post, January 10, 2012
KUCHING: Students who choose to study at vocational schools are hardworking hands-on students who learn best from practical experience.
Kolej Vokasional Kuching director Flora Imor Phillips told reporters this at the registration of the inaugural intake for the college upgraded under the Transformation of Vocational Education programme.
“Not all students are interested to sit around and learn from books,” she pointed out, adding that such students are able to excel as they have the interest.
More people are becoming aware that vocational skills training is not merely for academically-weak students.
“They are aware that there is no point to have stacks of qualification papers but no skills to work.
They realise the importance of having vocational skills training.
“In previous years, they presumed students who go to vocational schools were weak students, but that is not true.”
“The intakes were good for the past two years, but this time it’s much better. Parents, students and the public see this as a good programme which offers diploma and it’s getting popular.
“The transformation programme is working in that it’s encouraged a lot of people to come in,.”
According to Flora, the course at Kolej Vokasional Kuching is 70 per cent practical and 30 per cent academic.
“Students will not be sitting for the SPM but a similar qualification administered by the Malaysian Examination Board known as the Malaysian Skills Certificate (Sijil Kemahiran Malaysia).
They will graduate with that as well as a vocational diploma.
“We want to produce students who are skilled and semi-skilled, and able to contribute to the economy, rather than students who have no interest in academic studies and fail in the SPM.”

Monday, January 9, 2012
Pendaftaran Pelajar Tahun Pertama KVKu
Seramai hampir 50% pelajar yang ditawarkan untuk mengikuti program pengajian di Kolej Vokasional Kuching datang mendaftar di Dewan Mutiara Gemilang pada hari ini. Rata-rata yang hadir bersama ibu bapa dan penjaga telah tiba seawal jam 730 pagi dan sabar menanti di dalam dewan sehingga masa pendaftaran yang dijadualkan pada jam 9 pagi. Turut hadir untuk mendaftar anak ialah Yang Berhormat Pn Rosey Yunus, Menteri Muda Pembangunan Keluarga dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak.
Saturday, January 7, 2012
Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional
Pendidikan Vokasional Perlukan Perubahan Besar & Segera - Muhyiddin
BANGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat melahirkan kebimbangan Malaysia tidak akan menjadi negara kompetitif dan terus ketinggalan sekiranya pendidikan vokasional tidak mengalami perubahan besar dan segera. Mengambil kira perkembangan yang berlaku di negara maju dan serantau, Timbalan Perdana Menteri berkata kejayaan negara perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.
"Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya ketika melancarkan Transformasi PendidikanVokasional, di Institut Jerman-Malaysia Bangi, Jumaat.
Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.
Beliau berkata, kerajaan telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 denganmelihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan serantau.
Katanya, kadar purata kemasukan pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus berbanding hanya 10 peratus di Malaysia.
"Jika melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara itu.
"Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria hampir 50 hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4-5 tahun) dan program perantisan," katanya.
Muhyiddin berkata, di negara-negara tersebut, para pelajar diberi pilihan untukmengikuti pendidikan vokasional pada umur 14 tahun lagi.
Malah, katanya, di negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, kemasukan pelajar yang mengambil aliran itu di peringkat menengah atas turut menjangkau 40 hingga 60 peratus.
Justeru, Muhyiddin berkata, pendidikan vokasional di negara ini juga sedang menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Selain itu, katanya, program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) juga dibentuk bertujuan memberi pilihan alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pendidikan bercorak 'hands on' dan berasaskan pekerjaan dari peringkat menengah rendah lagi sehingga ke tahap Kolej Vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (LLKA) dan Swasta (ILKS).
Katanya, bagi merancakkan transformasi pendidikan vokasional, sebanyak 15 buahsekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf mejadi KV rintispada tahun ini.
"Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagidianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nantiadalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi," katanya.
Muhyiddin berkata, transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan melalui lima strategi merangkumi transformasi kurikulum pendidikan vokasional; transformasi institusi pendidikan vokasional; kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri; transformasi pentaksiran pendidikan vokasional dan transformasi organisasi pendidikan vokasional.
Katanya, kementerian juga menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama antara institusi latihan PAV dan KV dengan industri bagi memantapkan lagi prosespembelajaran dan latihan untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.
"Hari ini termeterai perjanjian persefahaman di antara Kementerian PelajaranMalaysia dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat," katanya.
Selain itu, katanya, pelaksanaan konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutamanya di bengkel-bengkel dan pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan Sijil 5S kepada lapan buahsekolah teknikal dan vokasional. - BERNAMA

Thursday, January 5, 2012
Kolej Vokasional Kuching dilanda banjir kilat
Hari kedua persekolahan tahun 2012 merupakan detik yang paling sukar dilupakan oleh warga Kolej Vokasional Kuching (KVKu) apabila terpaksa berhadapan dengan banjir kilat yang paling buruk pernah berlaku di Kuching, Sarawak. Banjir yang disebabkan oleh hujat lebat yang tidak berhenti sejak lewat petang hari sebelumnya menyebabkan hampir 80 % kawasan kolej ditenggelami air. Keadaan yang sama turut berlaku di kawasan sekitar Bandaraya Kuching dan menyebabkan kesesakkan jalan raya yang teruk.
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingi berlaku, pihak kolej mengambil langkah keselamatan dan memastikan segala peraturan kecemasan semasa banjir sentiasa dipatuhi.
Petikan Berita Harian 5 Januari 2012
KUCHING: Ketiadaan alat ramalan cuaca dan arah tiupan angin yang tidak dapat diramalkan di laut dekat Kuching menyebabkan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat tidak dapat diramalkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan dan Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Alfred Jabu.
"Kita mempunyai bacaan kaji cuaca dan telemetrik di kawasan tadahan, tetapi awan yang membawa hujan datang dari laut dan dengan berlakunya perubahan haluan tiupan angin, kami tidak dapat membuat ramalan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan masyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini.
Beliau mengulas pertanyaan beberapa pihak tentang mengapa tiada ramalan kaji cuaca diumumkan hingga menyebabkan beberapa kawasan rendah di bandaraya ini dilanda banjir dan lebih 1,400 dipindahkan.
Banjir mulai surut tengah hari ini tetapi beliau mengingatkan bahawa hujan sekejap-kejap akan berterusan sehingga Sabtu di sini.
Dua orang, seorang pelajar perempuan 19-tahun dan seorang pekerja stesen minyak berusia 29-tahun, dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas semasa kemuncak banjir itu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, SAC Datuk Law Hong Soon, yang hadir pada sidang akhbar itu, berkata pelajar berkenaan, Kho Ying Qi, jatuh ke dalam parit monsun dekat Batu Lintang di sini dan Herman Sihas yang cuba menyelamatkannya dengan terjun ke dalam parit itu juga dihanyutkan arus kuat.
"Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan setakat ini belum menemui mangsa," katanya. - BERNAMA
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingi berlaku, pihak kolej mengambil langkah keselamatan dan memastikan segala peraturan kecemasan semasa banjir sentiasa dipatuhi.
Petikan Berita Harian 5 Januari 2012
KUCHING: Ketiadaan alat ramalan cuaca dan arah tiupan angin yang tidak dapat diramalkan di laut dekat Kuching menyebabkan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat tidak dapat diramalkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan dan Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Alfred Jabu.
"Kita mempunyai bacaan kaji cuaca dan telemetrik di kawasan tadahan, tetapi awan yang membawa hujan datang dari laut dan dengan berlakunya perubahan haluan tiupan angin, kami tidak dapat membuat ramalan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan masyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini.
Dua orang, seorang pelajar perempuan 19-tahun dan seorang pekerja stesen minyak berusia 29-tahun, dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas semasa kemuncak banjir itu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, SAC Datuk Law Hong Soon, yang hadir pada sidang akhbar itu, berkata pelajar berkenaan, Kho Ying Qi, jatuh ke dalam parit monsun dekat Batu Lintang di sini dan Herman Sihas yang cuba menyelamatkannya dengan terjun ke dalam parit itu juga dihanyutkan arus kuat.
"Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan setakat ini belum menemui mangsa," katanya. - BERNAMA
Monday, January 2, 2012
Mesyuarat Staf Pertama Kolej Vokasional Kuching 2012
Tarikh : 30.12.2011
Masa : 08.00 am
Tempat : Bilik Mesyuarat Kolej Vokasional Kuching
Mesyuarat membincangkan hal-hal berbangkit 2011 dan perancangan 2012.

Subscribe to:
Posts (Atom)