Wednesday, February 29, 2012

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak


KUCHING 28 Feb. – Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) yang bertujuan memajukan sosioekonomi masyarakat bumiputera menerusi pendidikan teknikal dan vokasional dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib dalam ucapannya berkata, penubuhan Tegas merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan negeri untuk memaksimumkan pembangunan modal insan bagi menampung keperluan tenaga kerja khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional di wilayah yang terlibat dengan projek mega tersebut.
Katanya, antara matlamat utama Tegas adalah untuk memastikan dua bidang tersebut tidak lagi diketepikan, sebaliknya diterima sebagai pilihan utama oleh masyarakat, khususnya bumiputera.
“Saya mendapati fahaman golongan belia terhadap bidang teknikal dan vokasional tidak tepat apabila mereka berpendapat selain tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan, ia hanya untuk individu yang berpelajaran tinggi dan perlu masuk universiti.
“Justeru, apabila perkara mengenai penubuhan tabung ini dibentangkan, saya fikir ia baik kerana tidak terarah kepada soal kewangan sahaja memandangkan kita sudah mempunyai tabung biasiswa seperti Yayasan Sarawak dan sebagainya,” katanya ketika melancarkan tabung tersebut di sini hari ini.
Hadir sama, isteri Abdul Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Baharuddin Abdullah.

Dipetik dari Utusan Malaysia


Saturday, February 25, 2012

Majlis Kecemerlangan SM Vokasional Kuching 2011/2012

Bermula jam 0800 pagi, seramai 343 orang pelajar telah menghadiri majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar yang memperolehi kecemerlangan pada tahun 2011 yang lalu. Majlis yang diadakan di Dewan Mutiara Gemilang, Kolej Vokasional Kuching mengiktiraf pencapaian pelajar dalam pelbagai aspek antaranya kehadiran 100%, kehadiran awal ke sekolah, kedudukan terbaik bagi setiap kelas, pemenang subjek terbaik dan pelajar terbaik mengikut aliran. Pelajar Terbaik Aliran Vokasional Tingkatan 4 2011 jatuh kepada Atilea Mischele Ahmad manakala Wan Mohd Nazrin Bin Wan Nong Che menggondol Anugerah Pelajar Aliran Kemahiran Terbaik Tingkatan 4 2011.

Mesyuarat Agong PIBG 2012

Mesyuarat Agong PIBG 2012 telah diadakan pada 25 Februari 2012 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang, Kolej Vokasional Kuching mulai jam 0930 pagi. Mesyuarat yang dihadiri oleh YDP PIBG, En Leo Aten, Penasihat PIBG Pn Flora Imor Phillips dan semua barisan Exco dan ahli yang terdiri daripada ibu bapa dan tenaga pengajar kolej. Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara termasuk transformasi pendidikan yang sedang dialami, disiplin dan kebajikan pelajar disamping hal ehwal semasa.Pelbagai usul dicadangkan, pendapat dan cadangan dilontarkan. Ini merupakan penanda aras kepada hubungan yang baik antara pihak kolej dan ibu bapa. Semoga pihak ibu bapa akan terus menyokong dan membantu pihak kolej dalam memastikan kejayaan anak-anak pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik malah sahsiah diri pelajar itu sendiri.




Wednesday, February 22, 2012

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah (Pengurusan Akademik)

Pada 16 Februari yang lalu, Warga Kolej Vokasional Kuching telah menerima kunjungan En Ideris Bin Hj Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik BPTV, KPM. Turut bersama beliau dalam lawatan kerja ini ialah Tn Hj Marzuki Bin Kemi (Ketua Penolong Pengarah Sektor Kemahiran) dan En Ismail Bin Ahmad (Penolong Pengarah Sektor Vokasional).



Bengkel Pemurnian Buku Panduan Pelaksanaan 5S

Satu bengkel pemurnian dan penambahbaikan buku panduan pelaksanaan 5S Kolej Vokasional Kuching telah diadakan pada 15 Februari yang lalu bertempat di Bilik Sumber Staf dipengerusikan oleh Ketua JK Dokumentasi & Inovasi, En Shabrani Bin Mohamad. Bengkel yang dihadiri oleh ahli panel penilai yang terdiri daripada JK Induk, JK Kerja dan Ketua-Ketua Zon bertujuan membuat semakan terakhir pada kandungan buku tersebut sebelum ianya dicetak dan diedarkan.



Tuesday, February 21, 2012

Rumah Seorang Pelajar KVKu Hangus Terbakar

Seorang pelajar Kolej Vokasional Kuching, Siti Marziana Bt Abd Khalid dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka diami di Lot 2525 Lrg A2 RPR Fasa 2 di Jalan Astana hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.10 petang pada 20 Februari 2012. Kebakaran tersebut turut menyebabkan beberapa rumah bersebelahan rosak teruk. Siti Marziana ketika ditemui berkata beliau tidak menyedari kebakaran yang berlaku kerana ketika itu beliau berada di bahagian bawah sedangkan api mula merebak di bahagian bilik di tingkat atas. Beliau yang masih lagi trauma menceritakan detik-detik awal kebakaran tersebut kepada wakil Unit Pelukis Pelan Senibina, En Armanizam yang hadir melihat sendiri keadaan mangsa dan keluarga. Editor Buletin yang turut sama dalam lawatan itu sempat merakam beberapa gambar rumah tersebut.





Sekiranya ada pihak yang ingin menyampaikan sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui alamat berikut :

Siti Marziana Bt Abd Khalid
5 Pelukis Pelan Senibina
Kolej Vokasional Kuching
Jalan Kolej, Batu Lintang
(082-420814)

Thursday, February 16, 2012

Ceramah Kesedaran dan Tanggungjawab 5S Pelajar KVKu

Semua Pelajar telah menghadiri Ceramah kesedaran dan Promosi Program 5S di Dewan Mutiara Gemilang Kolej Vokasional Kuching. Ceramah yang disampaikan sendiri oleh Pn Flora Imor Phillips itu menerangkan konsep dan falsafah pelaksanaan 5S di samping tanggungjawab pelajar dalam menjayakan program tersebut.

Antara aktiviit menarik untuk menaikkan semangat pelajar
En Leong Weng Foo selaku JK Promosi 5S telah menberikan motivasi kepada semua pelajar agar lebih bersemangat melaksanakan 5S.
Pengarah Kolej Vokasional Kuching, Pn Flora Imor Phillips

Pelajar ceria mendengar amanat daripada Tuan Pengarah
 

Lawatan Penanda Aras Ke SMV Matang

Pada 12 dan 13 Januari yang lalu, seramai 90 orang peserta terdiri daripada tenaga pengajar dan staf telah mengikuti program penanda aras ke SMV Matang. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan utama dimana kumpulan 1 telah bergerak ke lokasi pada 12 Januari manakala kumpulan 2 adalah pada hari yang berikutnya. Tujuan utama program ini adalah untuk melihat sendiri dan mempelajari kaedah pelaksanaan amalan 5s oleh SMV Matang sehingga memperolehi pengiktirafan Sijil 5S oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Mendengar penerangan daripada PK 1 SMV Matang
Selepas diberikan penerangan umum, peserta rombongan dibawa melawat ke seluruh kawasan sekolah. Pada setiap kawasan yang dilawati, peserta diberikan penerangan secara terperinci oleh PIC kawasan tersebut. Turut menyertai program ini adalah wakil daripada SMT Sejingkat, SMV Betong, SMV Sibu, SMV Miri dan SMT Bintulu.

Melawat bilik dokumentasi
Melawat bengkel-bengkel
Antara inovasi yang dicipta oleh guru SMV Matang