Wednesday, February 29, 2012

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak


KUCHING 28 Feb. – Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) yang bertujuan memajukan sosioekonomi masyarakat bumiputera menerusi pendidikan teknikal dan vokasional dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib dalam ucapannya berkata, penubuhan Tegas merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan negeri untuk memaksimumkan pembangunan modal insan bagi menampung keperluan tenaga kerja khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional di wilayah yang terlibat dengan projek mega tersebut.
Katanya, antara matlamat utama Tegas adalah untuk memastikan dua bidang tersebut tidak lagi diketepikan, sebaliknya diterima sebagai pilihan utama oleh masyarakat, khususnya bumiputera.
“Saya mendapati fahaman golongan belia terhadap bidang teknikal dan vokasional tidak tepat apabila mereka berpendapat selain tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan, ia hanya untuk individu yang berpelajaran tinggi dan perlu masuk universiti.
“Justeru, apabila perkara mengenai penubuhan tabung ini dibentangkan, saya fikir ia baik kerana tidak terarah kepada soal kewangan sahaja memandangkan kita sudah mempunyai tabung biasiswa seperti Yayasan Sarawak dan sebagainya,” katanya ketika melancarkan tabung tersebut di sini hari ini.
Hadir sama, isteri Abdul Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Baharuddin Abdullah.

Dipetik dari Utusan Malaysia


No comments:

Post a Comment