Showing posts with label Awang Amirul (5EE) kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Awang Amirul (5EE) kemalangan. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Allahyarham Awang Amirul Shafiq Bin Awang Rosli selamat dikebumikan sebelum zuhur 27 Februari 2011

Semoga Allah mencucuri rahmat dan beliau di tempatkan bersama golongan yang soleh. Kenangan bersama Arwah tetap dalam ingatan seluruh warga SMVKu. Bagi kita yang masih diberikan peluang untuk hidup, marilah kita tingkatkan amalan, patuhi segala suruhan dan jauhi segala larangan.



Ketahuilah wahai hamba Allah, bahawa sesungguhnya mati itu benar, masuk ke liang kubur benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar. Bangkit semula daripada kubur adalah benar; perbicaran kerana mengira amalan baik dan buruk adalah benar. Meniti sirat untuk menentukan ke syurga atau ke neraka adalah benar. Syurga dalah benar. Neraka adalah benar. Sesungguhnya hari Kiamat tetap kan tiba tanpa ragu-ragu lagi. Maka Allah akan menghidupkan sekalian manusia.
Semoga Allah tetapkan kamu dengan perkataan yang benar. Wahai jiwa yang tenang dan tenteram, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan meredai dan diredai

Saturday, February 26, 2011

Al Fatihah : Awang Amirul Kembali Ke Rahmatullah



Pada lebih kurang jam 5 petang, 26 Februari 2011, Awang Amirul daripada Kursus 5EE telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan Yassin kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AL- FATIHAH

Friday, February 25, 2011

Catatan Editor : Kisah Sahabat kita Awang Amirul (5EE)

Pada 21 Februari yang lalu, seorang pelajar SMVKu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beliau yang saya maksudkan adalah Awang Amirul daripada kursus 5 EE. Beliau yang dalam perjalanan menuju ke sekolah mengalami cedera parah di bahagian kepala. Saya baru sahaja selesai melawat beliau di Wad Neurosurgery Hospital Umum Sarawak. Keadaan Awang agak teruk. Beliau baru sahaja menjalani 2 pembedahan. dan menurut doktor, beliau masih bergantung kepada mesin hayat. Namun, keadaannya sedikit stabil. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar beliau. Keadaannya sgt menyayat hati saya. Walaubagaimanapun, saya berjaya mendapatkan koleksi gambar beliau untuk tatapan kita.




Awang Amirul (5EE)