Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan SMVKu tahun 2011

3 Januari 2011 (Isnin) merupakan hari pertama persekolahan untuk kebanyakan sekolah di Malaysia. Begitu juga keadaannya di SM Vokasional Kuching (SMVKu). Walaupun keadaan hujan yang renyai-renyai, tidak mematahkan semangat seramai 178 orang pelajar untuk datang pada hari pertama persekolahan bagi menimba ilmu dan kemahiran di sekolah ini.

Hari pertama persekolahan di SMVKu dimulakan dengan taklimat pagi oleh Tuan Pengetua, Puan Flora Imor Phillips. Taklimat yang diadakan di Bilik Guru SMVKu ini merupakan aktiviti harian sebelum guru-guru bergerak ke stesen dan kelas masing-masing. Tuan Pengetua dalam ucapannya menyeru semua guru untuk memberikan usaha yang terbaik sepanjang tahun 2011 ini agar misi dan visi sekolah dapat direalisaikan.


Puan Flora menyampaikan amanat beliau kepada semua guru
Beliau juga mengingatkan semua guru berkenaan etika dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik, kepentingan memotivasikan pelajar dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P).

Wajah ceria dan bersemangat guru-guru untuk menjalankan tugas di hari pertama persekolahan 2011
Sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan tepat jam 7.10 pagi, semua guru terutamanya guru-guru tingkatan bergerak ke bilik darjah kursus masing-masing bagi menguruskan maklumat kehadiran pelajar dan membuat sedikit taklimat ringkas berkenaan jadual waktu 2011. Aktiviti  diteruskan dengan guru-guru subjek yang meneruskan agenda pengajaran dan pembelajaran mengikut silibus yang telah dirancangkan.

Suasana P & P waktu pertama di kelas 5 Amalan Bengkel Mesin

No comments:

Post a Comment