Wednesday, January 5, 2011

Team Portugal Terjah SMVKu?

Pada hari pertama persekolahan(3 Jan 2011), SM Vokasional Kuching dikejutkan dengan sesi bergambar oleh sekumpulan anak muda yang berpakaian Jersi Maroon+Hijau bertempat di "Dataran Ilmu" bersebelahan dengan Bilik Guru dan Bengkel Katering. Sebilangan guru yang menyangka Skuad Bola Sepak Portugal yang datang ke SMVKu lantas bergegas bagi memastikan kebenaran akan perkara tersebut. Namun mereka ternyata kecewa apabila mengetahui yang sebenarnya hanyalah pelajar 5MKM bersama-sama dengan bekas guru tingkatan mereka mengambil gambar bagi tujuan kenang-kenangan.

Skuad "Portugal" SMVKu 2011
"Skuad" ketika diasak pelbagai soalan oleh guru-guru lain, hanya mampu tersenyum kambing di samping memberikan jawapan kepada yang bertanya. Menurut cikgu Redzuan, pemakaian jersi pada hari tersebut adalah sebagai tanda terima kasih daripada bekas pelajarnya. Ini adalah kerana pada sesi 2011, beliau tidak lagi menjadi guru tingkatan kepada kelas yang pernah dibimbingnya sebelum ini. Secara tidak langsung, beliau telah memecah tradisi SMVKu yang mana pada kebiasaannya, seorang guru tingkatan akan membimbing kelas yang sama bagi tempoh dua tahun berturut-turut(tingkatan 4 dan 5). Menurutnya lagi, tidak mustahil aktiviti seperti ini akan dijadikan sebagai tanda aras kepada pelajar-pelajar lain dalam menterjemahkan penghargaan terima kasih kepada guru mereka. 

Apa Ada Dengan Nombor?


Bagi semua pelajar ini, jersi yang dipakai bukan sahaja cantik dan menarik tetapi juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Tidak mustahil ianya mendatangkan rasa cemburu bagi pelajar-pelajar yang lain dan akan menjadi ikutan selepas ini. Adalah diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Buat semua pelajar SMVKu, ingatlah pesanan ini,

"Guru tugasnya mendidik, membimbing dan memotivasi, namun manisnya hanya datang apabila pelajarnya tahu untuk berterima kasih."  

Terima Kasih Cikgu!!!

No comments:

Post a Comment