Saturday, March 3, 2012

Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional 2012 siri 5

Bertempat di SMT Sejingkat Sarawak, telah berlangsung Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional siri ke 5 yang telah dihadiri oleh YB Datu Hj Len Talif Bin Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal). Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, En Abdillah Bin Adam dan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab. Majlis yang disertai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dan semua warga pendidik KV/SMT/SMV sekitar kawasan Kuching ini bermula pada jam 9 pagi dengan slot pertama bertajuk Bicara Pemimpin oleh YB Datu Hj Len Talif Bin Salleh.


Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional ini diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini dan paling tepat tentang transformasi dalam pendidikan vokasional. Disamping itu, Majlis ini dapat memberikan keyakinan kepada golongan pelaksana bahawa transformasi yang akan dilaksanakan ini sudah pasti menempuh pelbagai masalah, halangan dan cabaran, tetapi mereka memainkan peranan utama untuk menjayakan transformasi ini demi Agenda Pendidikan Negara bagi memenuhi matlamat Wawasan 2020.



No comments:

Post a Comment