SM Vokasional Kuching (SMVKu) menawarkan 5 kursus Vokasional dan 5 kursus kemahiran. Kursus-kursus vokasional yang ditawarkan ialah Automotif, Katering, Pengurusan Perniagaan, Elektrik dan Elektronik serta Amalan Bengkel Mesin. Bagi kursus-kursus aliran kemahiran pula, kursus yang ditawarkan ialah Pelukis Pelan Senibina, Mekanik Kenderaan Motor, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri.
Bagi pemohon kursus aliran kemahiran, para pemohon perlu melalui satu sesi temuduga oleh pihak sekolah. Temuduga dijalankan bertujuan menilai pemohon yang layak dan bersesuaian dengan kursus yang dipohon.
Temuduga aliran kemahiran telah dijalankan di SMVKu pada 4 Januari 2011 bermula jam 8 pagi sehingga 220 petang. Seramai 8 orang guru kemahiran pelbagai kursus terlibat dalam temuduga kali ini.
Sebelum temuduga dijalankan, para pemohon dikehendaki untuk menduduki satu set soalan ujian bertulis. Ujian bertulis ini bertujuan menilai pengetahuan dan keupayaan pelajar dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.
|
Pemohon sedang menduduki ujian bertulis |
Selepas menduduki ujian bertulis, pemohon akan ditemuduga oleh dua orang panel mengikut kursus masing-masing. Terdapat beberapa aspek penilaian yang diambil kira semasa temuduga tersebut.
|
Gaya menemuduga En. Mahadi daripada Kursus Mekanik Kenderaan Motor |
|
En.Redzuan sedang menemuduga pemohon daripada kursus Pelukis Pelan Kej Mekanikal |
Secara keseluruhannya, proses temuduga berjalan dengan lancar dan semua yang terlibat memberikan komitmen yang sepenuhnya. Terima Kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sabar menanti sehingga anak mereka selesai menjalani temuduga.
|
Antara Ibu Bapa yang hadir |