Friday, November 15, 2013

Lawatan SM Kejuruan Negeri 1 Entikong, Kalimantan Barat Indonesia

Seramai 38 orang ahli rombongan daripada SM Kejuruan Negeri 1 Entikong, Sanggau Kalimantan Barat, Indonesia telah melakukan lawatan penanda aras ke KV Kuching. Rombongan yang diketuai oleh Kepala Sekolah, Bapak Thomas ini turut disertai oleh wakil konsulat Jenderal Indonesia. Lawatan ini bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menjalankan latihan vokasional dan kemahiran. Rombongan terlebih dahulu diberikan taklimat ringkas sebelum di bawa melawat ke bengkel-bengkel seterusnya makan tengah hari di restoran kolej.

Kunjungan Hormat Bapak Thomas, Kepala SMK Negeri 1 Entikong di Pejabat Pengarah Kolej

Delegasi daripada SMK Negeri 1 Entikong Kalimantan Barat

Bertukar cenderamata tanda kenangan

Lawatan ke bengkel-bengkel

Friday, September 27, 2013

10 terbaik Peringkat Negeri Sarawak Pertandingan Rekacipta Video Liga Remaja Kreatif Anjuran SKMM 2013

Pelajar Kolej Vokasional Kuching telah berjaya mendapat tempat ke-6 daripada 10 pasukan terbaik peringkat Sarawak pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Rekacipta Video Liga Remaja Kreatif Anjuran SKMM 2013 bertempat di Hotel Hilton Kuching. Pasukan KV Kuching terdiri daripada Mohd Zulfadhli, Sebastian Johnes, Muhammad Afif dan Syaffyzal. Pensyarah pembimbing adalah Pn Halimah daripada Unit Elektronik. Tahniah diucapkan!

Penyampaian Sijil Penyertaan dan hadiah saguhati oleh Wakil SKMM

Bergambar bersama Pengarah KV Kuching, Pn Flora Imor Phillips selepas majlis penyampaian hadiah

Friday, September 13, 2013

Kejohanan Balapan dan Padang Kolej Vokasional Kuching 2013

Pada 4 September 2013 telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Kolej Vokasional Kuching 2013 di Padang Jubilee Kuching. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Vokasional Kuching dan pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya Perbarisan Kontingen, lompat jauh, lontar peluru, acara balapan 100 meter, acara balapan 200 meter dan 4 x 100 meter. Turut dipertandingkan ialah acara pensyarah dan tarik tali.

Pembawa Bendera Kejohanan
Kejohanan kali ini menyaksikan 1 rekod lama diperbaharui  iaitu lontar peluru oleh Danial Hamizan (Alpha).  Berikut adalah keputusan penuh kejohanan berdasarkan pungutan mata :

Bil
Kontingen
Emas
Perak
Gangsa
Ke-4
Ke-5
Ke-6
Ke-7
Ke-8
Jumlah
1
Alpha
45
21
30
20
12
15
2
-
145
2
Bravo
81
28
24
15
16
6
10
1
181
3
Charlie
9
56
24
45
16
9
4
2
165
4
Delta
45
28
42
15
20
15
4
1
170

Kontingen Charlie semasa perbarisan dan lintas hormat

Persembahan pimpinan Pn Suzi Mihek

Dengan jumlah mata sebanyak 181, Pasukan Bravo telah diumumkan selaku pasukan terbaik sepanjang kejohanan. Turut diumumkan Olahragawan iaitu Muhd Haziq Efzar (Alpha) dan Olahragawati iaitu Chriscillia Renta (Bravo).

Acara tarik tali

Pasukan terbaik : BRAVO

Olahragawan Kejohanan : Muhd Haziq

Olahragawati Kejohanan : Chriscillia Renta

Monday, September 2, 2013

Sambutan Merdeka Raya Kolej Vokasional Kuching 2013





Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

Bertempat di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada 29 Ogos 2013 telah berlangsung majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 bagi Zon Sarawak. Majlis telah dirasmikan oleh En Zainuren Bin Hj Mohd Nor, Timbalan Pengarah (Pengoperasian Sekolah, BPTV).

Pengarah KV Kuching bergambar bersama penerima APC 2012 (Kolej Vokasional Kuching)

Penyampaian Anugerah Bersempena Program Mentor Mentee Dan Kolej Penyayang - Trustworthiness & Respect Award

Pada 22 Ogos 2013 yang lalu telah diadakan perjumpaan bulanan Mentor Mentee di Dewan Kolej Vokasional Kuching. Pada majlis yang sama telah berlangsung penyampaian Anugerah - Trustworthiness & Respect Award 2013. Seramai 3 orang bagi setiap kategori telah terpilih memenangi anugerah ini. Pemilihan adalah berdasarkan kepada nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Kolej.

Berikut adalah senarai penerima anugerah :


1. Robin Chai Ngee Feng (Elk KV1)   2. Lim Chai Hung (SK KV1)   3. Winndy Senndy Tariur (PI KV2)



1. Adrick Chai (PI KV2)      2. Alester Alexus Gom (Elk KV2)      3. Nur Lisha Rina (Enk KV2)




Wednesday, July 17, 2013

Program Hargai Warga Emas Bersama Rakan RIMUP

Pada 8 Julai 2013, telah berlangsung Program Hargai Warga Emas Bersama Rakan RIMUP anjuran Unit Perhubungan Awam dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya, Kolej Vokasional Kuching bertempat di Rumah Seri Kenangan, Kuching. Seramai 18 Pensyarah dan 20 orang pelajar terlibat bagi menjayakan objektif antaranya ialah Meningkatkan kesedaran terhadap warga Kolej Vokasional Kuching, memupuk sifat menghargai warga emas dan mewujudkan hubungan di antara Kolej Vokasional Kuching dan Rumah Seri Kenangan Kuching.


Sejurus tiba di Rumah Seri Kenangan, Kuching
Antara aktiviti pelajar bersama penghuni Rumah Seri Kenangan
                                                 
Memberikan bantuan di saat memerlukan
Pengarah KV Kuching menyampaikan cenderamata tanda kenangan

Gambar kenangan sebelum pulang ke kolej

Thursday, July 11, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


Bersempena bulan Ramadan Al Mubarak ini, Kolej Vokasional Kuching melalui Biro Surau & Penghayatan Islam menganjurkan pelbagai aktiviti atau pengisian melibatkan semua pensyarah, staf dan pelajar yang beragama Islam. Program yang telah bermula pada 10 Julai yang lalu dengan Majlis Perasmian Program Ihya Ramadhan 1434H akan disusuli dengan aktiviti-aktiviti seperti tadarus Al Quran, Kuiz, Penulisan Tazkirah dan program kemuncak adalah pada 26 Julai iaitu Iftar dan Qiamulail Perdana.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : " Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari lagha ( perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Monday, June 24, 2013

Perkembangan Terkini Jelajah KV 1 Malaysia Zon Sarawak

dapatkan maklumat terkini konvoi Jelajah KV 1 Malaysia Zon Sarawak di facebook rasmi : https://www.facebook.com/jkv.sarawak

Majlis Pelancaran dan Perlepasan Konvoi Jelajah KV 1 Malaysia Zon Sarawak

Bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak pada 23 Jun 2013 telah berlangsung Majlis Pelancaran dan Perlepasan Konvoi Jelajah KV 1 Malaysia Zon Sarawak. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak.

Ketibaan YB Datu Hj Len Talif Salleh disambut oleh Para Pensyarah Kolej Vokasional 

Simbolik perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Datu Hj Len Talif Salleh


Bergambar kenangan seusai Majlis Pelancaran


Perlepasan Konvoi Jelajah 

Wednesday, June 12, 2013

Tn Hj Mohd Dahuda Bin Hanafi telah kembali ke Rahmatullah.. Al - Fatihah

Pensyarah Sains dan Matematik KVKu, Tn Hj Mohd Dahuda Bin Hanafi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10 Jun 2013 di kediamannya di Taman Glory, Matang Sarawak. Allahyarham merupakan eorang pensyarah yang komited, berdedikasi dan disenangi oleh rakan sekerja dan pelajarnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama para solehin..Al Fatihah.








Friday, May 10, 2013

Mesyuarat PIBG KV Kuching 2013

Barisan YDP, NYDP dan EXCO PIBG 2013

Antara ibu bapa dan penjaga yang hadir

Setiausaha dan YDP PIBG 2013


Monday, April 22, 2013

Kolej Vokasional Makin Diminati

Tan Sri Muhyiddin Yassin melaungkan 1 Malaysia bersama pelajar Kolej Vokasional  pada Karnival Kolej Vokasional  Peringkat Kebangsaan di Kolej Vokasional Klang

Pendekatan baru jamin masa depan pelajar, buka peluang kerjaya lebih baik

Kuala Lumpur: Pendidikan aliran vokasional kini semakin diminati dan menjadi asas kepada pelajar menceburi bidang kemahiran tinggi seiring hasrat negara menyediakan 40 peratus pekerja mahir dalam industri menjelang 2020.

Usaha kerajaan menaik taraf 71 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) sejak Jun tahun lalu dan pembukaan dua KV kendalian swasta dan satu sekolah harian biasa, pelbagai inisiatif, peluang dan potensi baru mula dilihat selain keyakinan ibu bapa terhadap penubuhannya juga semakin meningkat.
Persepsi terhadap pendidikan aliran vokasional dalam kalangan ibu bapa dan pelajar juga berubah kepada bertambah positif dengan transformasi itu.
Pendekatan terbaru kementerian
Anggapan negatif dan kerisauan ibu bapa anak mereka mungkin tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sukar mendapat pekerjaan jika menuntut di KV semakin lenyap berikutan pendekatan terbaru Kementerian Pelajaran ini terbukti memberi jaminan masa depan dan peluang kerjaya lebih baik.
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata ini terbukti menerusi permohonan masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan KV tahun ini yang begitu memberangsangkan.
Bagi sesi persekolahan bermula Februari lalu, katanya sebanyak 117,000 permohonan diterima berbanding 70,000 permohonan tahun lalu, namun kementerian hanya menerima dan menyediakan kira-kira 21,000 tempat.
“Ia satu pencapaian yang baik dalam usaha kerajaan mencapai sasaran pengambilan kira-kira 90,000 pelajar menuntut di KV menjelang 2020,” katanya.
Ahmad berkata, menerusi KV, sebanyak 12 bidang utama dengan 53 kursus ditawarkan. Bagaimanapun, hingga kini, hanya 31 kursus sudah berjalan, manakala selebihnya akan dilaksana secara berperingkat.
“Ini berikutan kementerian sedang berusaha menyediakan prasarana, kelengkapan serta alatan untuk pembelajaran (bagi baki kursus yang belum berjalan), selain mendapatkan tenaga pengajar diperlukan,” katanya.
Sijil, diploma KV diiktiraf
Mengulas lanjut, beliau berkata, sijil dan diploma lepasan KV diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), City and Guilds of London, di United Kingdom, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Tenaga dan Institut Kimpalan Malaysia (TWI).
Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian, Ahmad berkata lima universiti menawarkan kursus pada peringkat sarjana muda iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Beliau berkata, terdapat perbezaan ketara dari segi sesi pembelajaran di SMV dan KV. Di KV, pelajar menggunakan sistem semester dengan keputusan dinilai berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA), berjalan selama empat tahun.
Katanya, jika pelajar mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.0 pada akhir tahun kedua iaitu pada peringkat program persediaan KV, maka pelajar berkenaan diiktiraf seperti mendapat tiga kepujian dalam SPM.
“Sementara, pada peringkat program diploma iaitu tahun ketiga dan keempat, pelajar didedahkan dengan pembentangan amali atau sub kursus. Situasi ini sama seperti yang diamalkan di universiti awam dan swasta,” katanya.
Dalam memastikan pelaksanaan KV mencapai hasrat ditetapkan seperti digaris menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025, kementerian turut menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) tertentu.
Sasar 100 MOU
Bagi tahun ini, KPM menerusi BPTV menyasarkan menandatangani 100 memorandum persefahaman (MoU) dengan industri sebagai laluan kerjaya kepada lepasan KV, sementara sasaran 280 MoU menjelang 2016.
Ditanya sama ada berdepan masalah mendapatkan tenaga pengajar di KV, beliau berkata kini kebanyakan lepasan UTHM dan Maktab Perguruan Teknik Cheras diserap mengajar di KV.
“Kita juga melatih guru-guru KV yang sedia ada dengan menyediakan kursus dan latihan kemahiran hingga tahap tiga dan empat walaupun mereka memiliki ijazah atau diploma dalam bidang masing-masing,” katanya.

Monday, April 15, 2013

Pelancaran Kolej Penyayang & Program Mentor Mentee

Pelancaran Kolej Penyayang & Program Mentor Mentee

Tarikh : 12 April 2013


Pelaksanaan Kolej Penyayang adalah bertujuan agar setiap pensyarah membudayakan sikap kasih sayang di kolej. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna semua warga kolej harus memiliki sifat kepedulian (Concern) terhadap satu sama lain dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatan dan sabar.

Penyerahan Mentee kepada Pengarah KVu

Pensyarah dan pelajar yang hadir

Objektif perlaksanaan program ini ialah :
1.      Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru/ pensyarah
2.      Menginsafi bahawa kehadiran pelajar merupakan rahmat kepada kolej
3.      Menyedari bahawa setiap pelajar adalah aset kepada kolej ; dan
4.      Menghargai sumbangan pelajar, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada kolej.

Antara objektif perlaksanaan Mentor Mentee  ialah :
1.      Membangunkan sahsiah diri pelajar
2.      Membina jati diri pelajar ; dan
3.      Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah pelajar

Sambutan Hari Lahir pelajar
Terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan iaitu :
1.      Sesi ramah mesra pelajar dan pensyarah
2.      Sesi makan bersama
3.      Meraikan hari lahir bimbingan hala tuju hidup.
4.      Lawatan/ ziarah keluarga ; dan
5.      Sesi perkongsiaan masalah 




Pelajar Kolej Vokasional Kuching Maut dalam Kemalangan Jalan Raya

 Roward Mydar Anak Mathew James (1996-2013)




KUCHING: A vocational school student died in a road accident on Thursday following a collision between his motorcycle and a car at Taman BDC.
The student has been identified as Roward Mydar Mathew, 17, of Taman BDC.
The incident occurred around 9pm when the Form 5 student of Batu Lintang Vocational School was out visiting a friend staying in the same area.
His motorcycle was said to have crashed into the side of a Volvo after the driver made a turn into a junction in front of him, resulting in him sustaining serious head injuries.
An ambulance was called to the scene to transport the victim to the Sarawak General Hospital, where he was pronounced dead upon arrival.
According to the mother, Roward, the youngest of three sons, had returned home from school around 4pm and spent the rest of the afternoon repairing a motorcycle belonging to his elder brother.
She said she last saw him when he took the bike and headed off to a friend’s house around 8pm, adding one of his friends showed up at her house later to inform her of the accident.
The Volvo driver, who initially drove off from the scene, lodged a police report of the fatal collision the same night.
In an unrelated incident, a 41-year-old fireman from the Samarahan fire station suffered a broken leg after he was struck by a car in Asajaya on Thursday night.
The victim was returning home from work when his motorcycle struck a dog in the middle of the road, causing him to fall into the opposite lane and into the path of an oncoming Perodua Viva.
He ended up being struck by the Viva and suffered a broken left leg, and was then sent to the Sarawak General Hospital where he was admitted for treatment.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/04/13/vocational-student-dies-in-collision/#ixzz2QVfHnQ5E


Rakan-rakan seperjuangan Kolej Vokasional Kuching hadir  semasa memberi penghormatan terakhir


Mendiang telah dikebumikan di Anglican Cemetery, Batu Kitang, Kuching pada jam 12.00 tgh hari pada 14 April 2013.

Program Qiamullail & Penghayatan Islam

Pada 11 April 2013, Unit Pendidikan Islam KVKu telah menganjurkan program qiamullail dan penghayatan islam bertempat di Surau KVKu. Semua peserta yang berpuasa sunat diraikan dalam majlis berbuka puasa di kafeteria kolej pada jam 640 petang. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan     bacaan surah yassin. Tazkirah ringkas bersama ustaz jemputan diadakan sejurus solat isyak berjemaah.

Majlis Berbuka Puasa di Kafeteria Kolej

Program qiamullail bermula pada jam 4.00 pagi dengan solat-solat sunat diimamkan oleh Ust Norhisham Bin Muhammad. Program berakhir pada jam 630 pagi selepas solat subuh berjemaah.

Antara Peserta Yang Hadir 

Tazkirah Bersama Ust Nurhisham

Sunday, April 7, 2013

Majlis Kesyukuran Sempena Perkahwinan En Armanizam Bin Mohd Pon

Dewan Mutiara Gemilang KV Kuching telah menjadi saksi penyatuan dua sejoli, En Armanizam Bin Mohd Pon dan pasangannya, Pn Hamidah Bt Ripin. En Armanizam yang merupakan Ketua Unit Pembangunan dan Penyenggaraan, KV Kuching telah diraikan dalam majlis yang penuh warna warni dan meriah. Majlis yang telah diadakan pada 6 April 2013 ini telah dihadiri oleh semua warga KV Kuching, bekas pengajar SMT -SMV Kuching dan kenalan sahabat handai kedua-dua mempelai. Turut hadir rakan sejawat pengantin perempuan daripada KV Betong. Tahniah diucapkan kepada keduanya.  Kredit kepada Pn Suzi Mihek atas gambar di bawah.

En Armanizam bersama isteri yang tersayang

Rakan sejawat pengantin lelaki yang tidak melepaskan peluang bergambar di Pelamin

Sunday, March 10, 2013

Pelajar Seni Kulinari KV Kuching Juara dan Naib Juara Pertandingan IRON CHEF

Bersempena The Borneo Post International Education Fair 2013 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 9 Mac 2013, telah diadakan Pertandingan Iron Chef anjuran UCSI University. Kv Kuching telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut dan kedua-dua pasukan ini telah berjaya mendapat tempat selaku Juara dan Naib Juara. Juara telah disandang oleh Saudara Eddy Wong dan Saudara Abdul Raziq, manakala Saudari Siti Aminah dan Saudari Dayang Irna berjaya merangkul tempat kedua. Tahniah dah syabas diucapkan!

Wajah ceria pelajar seni kulinari KV Kuching

Bergambar bersama Pensyarah Pengiring