Tuesday, December 4, 2012

Malam Penghargaan Staf KV Kuching

Pada 23 November 2012, Jawatankuasa Kebajikan Staf telah menganjurkan Malam Penghargaan Staf dan Majlis Perpisahan Pn Norkamaliah Basharuddin ( Berpindah ke KV Sungai Petani) bertempat di Hotel Grand Magherita Kuching. Majlis yang bertemakan warna warni itu telah bermula dengan ucapan aluan daripada Pn Flora Imor Phillips selaku Penaung Jawatankuasa Kebajikan Staf.

Ucapan Pengarah Kolej Vokasional Kuching
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perpisahan daripada Pn Nor Kamaliah. Dalam ucapannya beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutamanya Jabatan Pengurusan Perniagaan yang telah banyak memberikan kerjasama dan tunjuk ajar bermula tahun pertama beliau ditempatkan di SM Teknik Kuching (2005)


Pn Nor Kamaliah Bt Basharuddin
Semasa staf menjamu selera, pelbagai aktiviti selingan telah dijalankan antaranya pertandingan menyanyi, tarian dan cabutan bertuah. Semangat dan kerjasama daripada semua pihak telah menjadikan majlis penghargaan kali ini amat meriah dan penuh dengan semangat kekeluargaan.

Aksi candid yang penuh ceria daripada staf KV Kuching

Staf yang bertuah bersama hadiah yang dimenangi

Wednesday, November 21, 2012

Lawatan Timbalan Dato' Bandar Singkawang, Kalimantan Barat dan Delegasi Ke KV Kuching

Warga KV Kuching amat berbesar hati menerima kunjungan Drs H. Edy R. Yacoub, Timbalan Dato' Bandar Singkawang, Kalimantan Barat  pada 20 November 2012 yang lalu. Lawatan yang turut disertai pegawai-pegawai dan wakil-wakil sekolah di Singkawang telah tiba pada jam 430 petang dan delegasi lawatan ini telah meluangkan masa selama 2 jam untuk berkongsi pendapat dan beramah mesra bersama warga KV Kuching. Kunjungan Timbalan Dato' Bandar Singkawang dan delegasi telah disambut oleh Pengarah KV Kuching, Pn Flora Imor Phillips.

Drs H. Edy R.Yacoub menandatangani Buku Pelawat sambil diperhatikan oleh Pn Flora Imor Phillips

Pengarah KV Kuching menyampaikan taklimat ringkas kepada Delegasi

Ucapan balas daripada Drs H. Edy R. Yacoub
 Pelbagai ilmu dan pengalaman telah dikongsi bersama terutamnya dalam aspek pendidikan dan modal insan. Delegasi kemudiannya didedahkan dengan transformasi pendidikan vokasional di Malaysia dan perlaksanaannya di KV Kuching.

Bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
Timbalan Dato' Bandar Singkawang dan delegasi kemudiannya diraikan dalam jamuan ringan di Restoran KV Kuching. Lawatan tamat pada jam 630 petang.

Jamuan ringan di Restoran KV Kuching

Bengkel Asas Microsoft Excell


Seramai 30 Orang Pensyarah daripada pelbagai jabatan dan unit KV Kuching telah menyertai Bengkel Asas Microsoft Excell anjuran Unit Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit kemajuan dan latihan staf bertempat di Makmal Autocad, Kv Kuching pada 14 November yang lalu. Bengkel yang bertujuan meningkatkan kemahiran pensyarah dalam mengendalikan perisian Excell ini khususnya dalam pengurusan data dan peperiksaan telah disampaikan oleh 3 Orang Fasilitator yang terdiri daripada Pensyarah Politeknik Kuching.

Fasilitator daripada Politeknik Kuching Sarawak

Bengkel yang bermula daripada jam 8 pagi sehingga 4 petang itu diisi dengan pelbagai kemahiran dalam perisian Excell termasuk aspek pengoperasian dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.  Peserta turut diuji dengan beberapa siri ujian ringkas di akhir sesi bengkel tersebut.

 
 
Majlis penutup bengkel kali ini telah disempurnakan oleh Pengarah KV Kuching, Pn Flora Imor Phillips. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar semua pensyarah dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan berterusan meningkatkan kemahiran dalam ICT. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.

Wednesday, October 24, 2012

Majlis Graduasi & Kecemerlangan KV Kuching 2012

Seramai 43 orang pelajar aliran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Kolej Vokasional Kuching diraikan dalam Majlis Graduasi & Kecemerlangan yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2012 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Hazland Bin Abang Hipni yang mewakili YB Datu Hj Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Sarawak. Turut hadir bersama,wakil Pengarah JPN Sarawak, wakil Pengarah BPTV, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, jemputan khas dan ibu bapa.



Pelajar-pelajar yang diraikan adalah daripada tiga kursus SKM yang ditawarkan di KV Kuching iaitu Juruteknik Rendah Elektronik Industri-Peralatan, Pelukis Pelan Senibina dan Mekanik Kenderaan Motor. Para graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dalam bidang masing-masing disamping beberapa sijil penghargaan penglibatan dalam kokurikulum.


Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan program SKM dan menerima sijil masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada tenaga pengajar yang telah memberikan komitmen dan kesungguhan dalam mendidik para pelajar sehingga menjadi modal insan yang mahir dalam bidang yang diceburi.

Tuesday, October 23, 2012

Hari Terbuka dan Kerjaya KV Kuching

KV Kuching telah mangadakan Hari Terbuka dan Kerjaya bersempena Majlis Graduasi dan Kecemerlangan pada 19 dan 20 Oktober yang lalu. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En Mohamad Mohi Bin Hj Shafie, Ketua Unit HEM BPTV yang mewakili Tuan Pengarah BPTV, Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya gerai jualan, pertandingan sukan dan pameran daripada agensi-agensi luar. Selain daripada itu, lawatan promosi kemasukan ke KV daripada Sekolah Menengah sekitar Kuching turut dijalankan.







Para pelajar KV Kuching turut mengambil kesempatan untuk mencari pendapatan sampingan disamping menimba kemahiran keusahawanan dengan membuka pelbagai gerai jualan makanan dan cenderamata.



Program yang penuh warna warni ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Tuesday, October 9, 2012

Tahniah !

Editor mewakili JK Buletin Kolej Vokasional Kuching ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Kolej Vokasional Kuching di atas penganugerahan Tawaran Baru Kepada Pengetua, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Semoga Kolej Vokasional Kuching akan terus maju dan unggul sebagai peneraju pendidikan vokasional.


Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua warga Kolej Vokasional Kuching di atas usaha gigih dan kerjasama dalam membangunkan dan memartabatkan pendidikan vokasional sebagai pendidikan pilihan

Monday, October 8, 2012

Lawatan Penanda Aras 5S daripada SMK St Teresa

Pada 6 Oktober 2012 yang lalu, seramai 89 orang guru dan staf sokongan daripada SMK St Teresa telah mengadakan lawatan ke Kolej Vokasional Kuching bagi menanda aras dan mempelajari berkenaan pelaksanaan 5S. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengetua SMK St Teresa, Pn Mary John. Peserta telah diberikan taklimat berkenaan Konsep dan Pelaksanaan 5S oleh Pengarah Kolej Vokasional Kuching (KVKu), Pn Flora Imor Phillips dan Setiausaha 5S, En Leong Ming Kien.

Pn Flora Imor Phillips menyampaikan taklimat kepada peserta.
Sebahagian daripada guru-guru SMK St Teresa yang turut serta

 
Bertukar-tukar cenderamata

Pihak pengurusan SMK St Teresa merakamkan kenangan bersama pengurusan KVKu
Melawat salah satu stesen di Bilik Pensyarah

Wednesday, September 26, 2012

Pertandingan Inovasi SMT/SMV/KV Peringkat Zon Sarawak

Tahniah kepada Pasukan Inovasi daripada Kolej Vokasional Kuching kerana dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Inovasi SMT/SMV/KV peringkat Zon Sarawak 2012.



Pada 25 September yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Inovasi SMT/SMV/KV Zon Sarawak bertempat di SMT Sejingkat. Pertandingan yang disertai oleh semua SMT/SMV/KV zon Sarawak ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Produk Inovasi Murid dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bagi kategori Produk Inovasi Murid, SMT Sejingkat telah dinobatkan selaku Juara diikuti KV Kuching selaku Naib Johan dan SMV Matang berada di tempat ketiga. Majlis Penangguhan Pertandingan telah disempurnakan oleh En.Ng Fook Yin, Pengerusi Pengetua SMT/SMV/KV Zon Sarawak.




Monday, September 24, 2012

Lawatan Penanda Aras KV Zon Sarawak 2012

Rombongan Pengetua dan Pegawai daripada SMV seluruh negeri Sarawak telah berkampung di Kuching pada 20&21 September yang lalu bersempena program Lawatan Penanda Aras KV di Kolej Vokasional Kuching.

Pengarah KV Kuching bersama Pengetua & Wakil Pengetua Zon Sarawak
Lawatan Penanda Aras ini bertujuan berkongsi ilmu dan memberikan gambaran jelas kepada SMV yang akan dinaik taraf ke Kolej Vokasional mulai tahun hadapan(2013). Program yang sarat dengan aktiviti ini dimulakan dengan taklimat daripada pihak pengurusan KV Kuching dan seterusnya lawatan ke Jabatan Akademik dan bukan akademik KV Kuching.


Monday, September 3, 2012

Rumah Terbuka Kolej Vokasional Kuching Sempena Sambutan Merdeka Raya

Pada 30 Ogos yang lalu, Kolej Vokasional Kuching (KVKu) telah menganjurkan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidifitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 55. Majlis yang penuh gilang gemilang dan warna warni ini melibatkan jawatankuasa kerja daripada kalangan pelajar KVKu sendiri. Sebanyak 9 buah gerai mengikut unit masing-masing telah dibuka dan menampilkan pelbagai juadah berkonsepkan Hari Raya. Majlis Rumah Terbuka ini telah dirasmikan oleh Wakil PPD Kuching dan turut disertai oleh SMB St Thomas (RIMUP) ,SK St Elisabeth (Sekolah Angkat) dan Alumni (SM Teknik Kuching dan SM Vokasional Kuching). Pelbagai acara selingan dipersembahkan antaranya persembahan lagu raya, lagu patriotik dan penggayaan fesyen berkonsepkan 1 Malaysia.


 




 
 

Thursday, August 30, 2012

Tahniah kepada Pelajar Katering dan Seni Kulinari KV Kuching

Bertempat di pusat membeli belah terkemuka di Kuching, The Spring seramai 8 orang pelajar daripada KVKu telah mengambil bahagian dalam pertandingan Black Box Pasta Cooking Challenge yang dianjurkan oleh UCSI. Pelajar-pelajar KVKu telah berjaya memenangi tempat kedua dan ketiga. Tahniah diucapkan!










Setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen dan kesungguhan semua yang terlibat terutamanya Pn Dayangku Latifah selaku Pensyarah Pengiring.

Monday, July 16, 2012

Kem Kepimpinan Calon Majlis Perwakilan Pelajar 2012

Pada 13 Julai 2012 sehingga 15 Julai 2012, pihak Sokongan Akademik telah menganjurkan Kem Kepimpinan MPP dibawah kendalian Pengarah Program, En Redzuan M. Dzakeri. Program yang disertai oleh 34 orang peserta dan 5 orang fasilitator daripada Politeknik Kuching ini bermula pada jam 230 petang dan mengandungi pelbagai pengisian modul kepimpinan dan motivasi. Kem ini turut dibantu oleh 15 orang guru dan 2 orang pembantu yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5. Kem ini telah berakhir pada jam 1230 tengah hari sejurus ucapan penangguhan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Jamali Bin Muhamad.

Para peserta melapor diri bagi mengikuti kem

Salah satu modul kepimpinan yang dijalankan

Wajah-wajah ceria calon MPP KVKu

Disiplin diri menjadi keutamaa sepanjang kem ini

Pengarah KVKu turut hadir memberikan sokongan

Wajah-wajah peneraju kem kepimpinan MPP 2012