Wednesday, February 23, 2011

Lawatan ke Kolej Komuniti Kuching

Para pelajar aliran kemahiran SMVKu yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 kursus Pelukis Pelan Senibina, Mekanik Kenderaan Motor dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri telah mengikuti lawatan ke kolej Komuniti Kuching di Jalan Sultan Tengah, Petrajaya Kuching. Lawatan pada 23 Februari ini telah diketuai oleh Guru Kaunseling, En Ngelambong Chin. Lawatan turut diiringi oleh Pn Halimah (JREI), Cik Juahir (JREI), En Redzuan (MKM) dan En Shabrani (PPS).

Rombongan lawatan telah disambut oleh para pemimpin pelajar Kolej Komuniti Kuching dan diberikan taklimat oleh Pegawai Pengambilan, Pn Hamidah. Para pelajar kemudiannya dibawa melawat ke bilik kuliah, studio, bengkel dan kemudahan-kemudahan lain yang ada di kolej tersebut.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberikan impak yang positif kepada pelajar. Para pelajar aliran kemahiran dapat mengetahui peluang melanjutkan pelajaran di samping mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti seluruh negara amnya.

Diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke institusi yang lain.


Pelajar SMVKu mengabadikan kenangan di Kolej Komuniti Kuching

Lawatan ke studio Pelukis Pelan Senibina


semangat, penuh keyakinan dan senyuman
wajah keriangan dan puas setelah selesai melawat


No comments:

Post a Comment