Wednesday, November 21, 2012

Bengkel Asas Microsoft Excell


Seramai 30 Orang Pensyarah daripada pelbagai jabatan dan unit KV Kuching telah menyertai Bengkel Asas Microsoft Excell anjuran Unit Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit kemajuan dan latihan staf bertempat di Makmal Autocad, Kv Kuching pada 14 November yang lalu. Bengkel yang bertujuan meningkatkan kemahiran pensyarah dalam mengendalikan perisian Excell ini khususnya dalam pengurusan data dan peperiksaan telah disampaikan oleh 3 Orang Fasilitator yang terdiri daripada Pensyarah Politeknik Kuching.

Fasilitator daripada Politeknik Kuching Sarawak

Bengkel yang bermula daripada jam 8 pagi sehingga 4 petang itu diisi dengan pelbagai kemahiran dalam perisian Excell termasuk aspek pengoperasian dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.  Peserta turut diuji dengan beberapa siri ujian ringkas di akhir sesi bengkel tersebut.

 
 
Majlis penutup bengkel kali ini telah disempurnakan oleh Pengarah KV Kuching, Pn Flora Imor Phillips. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar semua pensyarah dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan berterusan meningkatkan kemahiran dalam ICT. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.

No comments:

Post a Comment