Tuesday, February 19, 2013

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia

Kolej Vokasional Kuching telah menyertai Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia di Tapak Ramsar-Taman Negara Kuching (Wetland) pada 16 Februari 2013 yang lalu. Seramai 24 orang pelajar daripada pelbagai kursus telah mewakili kolej ke acara tersebut diiringi pensyarah pengiring iaitu Pn Salmiah Bt Fudzi dan Cik Noralina Bt Dahlan. Majlis yang bermula pada jam 830 pagi itu telah dirasmikan oleh YB Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal dan Menteri Muda Alam Sekitar, Sarawak.

YB Datu Len Talif Salleh semasa merasmikan Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia
Di antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah penanaman anak pokok paya bakau di Tapak Ramsar, Taman Negara Kuching yang bertujuan memelihara, memulihara dan melindungi hutan paya bakau dan ekosistem hutan persisiran pantai. Pada majlis yang sama, turut disampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mengarang Essi dan Dialog yang melibatkan beberapa sekolah sekitar kuching yang terpilih. Saudari Aimi Syazwani Binti Hamidi daripada Kursus Seni Kulinari Kolej Vokasional Kuching telah terpilih sebagai pemenang tempat kedua Pertandingan Mengarang Dialog bersempena sambutan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Saudari Aimi Syazwani


Acara menanam pokok kayu bakau

Bergambar kenangan sebelum pulang ke Kolej


No comments:

Post a Comment