PRAY FOR MH370

Wednesday, January 5, 2011

Lawatan ke Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS)

Satu program lawatan pelajar-pelajar tingkatan 5 bersama guru tingkatan ke Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) telah diadakan pada 5 Januari 2011. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Orientasi Tingkatan 5 bagi tahun 2011. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar vokasional dan kemahiran tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran di ICATS. Para pelajar juga disamping dapat mengetahui syarat-syarat kemasukan, mereka juga dapat melihat sendiri kemudahan pembelajaran dan fasiliti yang ada disediakan di ICATS.

Ceramah disampaikan oleh pensyarah ICATS, En Jong T.K
Semoga hubungan akrab antara SMVKu dan ICATS yang sudah sedia terjalin dapat dikekalkan sampai bila-bila. Selamat maju jaya!


Pelajar mendengar penerangan dengan penuh minat dan ceria

Pelajar turut menerima cenderama daripada penceramah
Sekumpulan pelajar tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan di ICATS
 

No comments:

Post a Comment