Monday, January 10, 2011

Pelancaran Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Tingkatan 4

Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Oleh itu satu program Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Tingkatan 4 telah dilancarkan pada 10 Januari bertempat di Dewan Mutiara Gemilang, SMVKu oleh Tuan Pengetua, Puan Flora Imor Phillips. Objektif program adalah untuk menyemai perasaan hormat menghormati, setiakawan dan saling bekerjasama antara sesama pelajar baru dan juga pelajar tingkatan 5. Selain itu, program ini juga bertujuan memperkenalkan SMVKu kepada pelajar baru seterusnya menanamkan sifat cintakan sekolah dalam diri pelajar-pelajar tersebut.Minggu Suai Kenal ini bermula pada 10 Januari dan akan tamat pada 14 Januari yang akan datang. Semoga segala objektif perlaksanaan program ini akan berjaya dicapai dan segala aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Selamat Suai Kenal~!


Ikrar Pelajar SMVKu yang pertama oleh pelajar-pelajar baru Tingkatan 4
 

Ikatan mesra yang terjalin antara pelajar senior dan pelajar junior


Bukan sahaja pelajar, malah guru juga tekun mendengar amanat daripada Pengetua


Selamat menjalani Minggu Kenal Mesra~!




No comments:

Post a Comment