Thursday, January 6, 2011

Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 4 2011

Selamat Datang ke SMVKu. Tahniah dan Syabas kerana telah terpilih !

Pendaftaran pelajar baru tingkatan 4 bagi sesi 2011/2012 telah diadakan pada 6 Januari 2011 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang Sekolah Menengah Vokasional Kuching. Tentatif program bermula seawal jam 8 pagi dengan ucapan aluan dari Pengetua, Puan Flora Imor Phillips.

Pelajar bersama Ibu bapa yang hadir pada hari pendaftaran di SMVKu
Dalam kesempatan itu, Tuan Pengetua telah memperkenalkan ketiga-tiga Penolong Kanan beliau disamping memberikan sedikit sebanyak penerangan berkenaan kursus yang ditawarkan di SMVKu. Beliau juga menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar bersama-sama pihak sekolah dalam usaha meningkatkan mutu pencapain akademik dan sahsiah pelajar.

Pengetua SMVKu, Pn Flora Imor Phillips

Dari Kiri En Lim Ah Juan (PK1), En Jamali Muhamad (PK HEM) dan En Mohd Amin Mohd Noor (PK KO)
Secara keseluruhannya, program pendaftaran pelajar baru berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada semua AJK perlaksana dan pelajar tingkatan 5 yang turut membantu melincinkan proses pendaftaran ini. Seterusnya pelajar-pelajar baru yang telah mendaftar akan mengikuti minggu suai kenal bermula 7  sehingga 11 Januari 2011.


Urusan pendaftaran bersama Guru Tingkatan

Pelajar pembantu hari pendaftaran tingkatan 4 2011

AJK sambutan depan pintu dewan yang sentiasa ceria dan murah dengan senyuman
  


3 comments:

  1. salam cikgu. Alhamdulillah..berjalan lancar..hehe.
    esok mesti ada yg datang lagi, kan cikgu? hehe

    ReplyDelete
  2. belom lagi yang dtg untuk second intakes! macam tahun lepas, first intakes memang sikit, tpi bila dah second intakes, penuh kelas! heheeh ... :)

    http://keyrillaugustine.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. betul2..ramai lagi yang akan datang mendaftar. Jika ada kawan2 yng berminat boleh terus dapatkan borang di Pejabat Am. Thanks for ur support Amirul dan Keyrill

    ReplyDelete